- Lain-lain
Industri Rantaian Lengkap Teh di China Dijangka Cecah RMB1.5 Trilion Menjelang 2030
Lima jabatan kerajaan China termasuk Kementerian Perindustrian dan Informasi telah mengeluarkan satu surat pekeliling yang bertajuk "Garis Panduan dan Pendapat untuk Menaik taraf dan Menambah Baik Industri Teh (2026-2030)" di sini pada Sabtu lalu.

Menurut garis panduan berkenaan, industri rantaian lengkap teh dijangka akan bernilai RMB1.5 trilion (RM847 bilion) menjelang tahun 2030, manakala pendapatan daripada industri pemprosesan teh halus akan melebihi RMB200 bilion (RM113 bilion). Sistem industri teh yang mesra alam, pintar dan bertaraf dunia akan terbentuk secara asasnya.
Industri teh merupakan industri tradisional di negara China dan dilihat sebagai satu identiti dalam budaya warisan yang bersejarah. Pada tahun 2025, pendapatan sektor korporat dalam industri pemprosesan teh halus di China telah melepasi paras RMB120 bilion (RM67.7 bilion), seluruh industri rantaian penuh direkodkan bernilai RMB1 trilion (RM565 bilion), dan lebih 60 juta orang mendapat peluang pekerjaan dalam industri itu.
Sementara itu, terdapat semakin banyak elemen baharu dalam ekosistem industri teh di China seperti perkebunan teh "Satelit+", kilang pintar, minuman teh yang inovatif dan ekopelancongan berunsurkan teh.
Garis panduan tersebut juga mencadangkan 19 perkara sebagai tugas yang mendesak, iaitu mendorong literasi teh dan penggunaan bahan mentah atau komponennya dalam bidang isi rumah, barang kimia untuk kegunaan harian, kosmetik, kesihatan, perubatan dan sebagainya, mendidik dan melahirkan sekumpulan pengusaha perkhidmatan profesional "AI+Industri Teh", dan membantu sektor korporat meningkatkan penjenamaan dan daya saing di arena antarabangsa.
Ekonomi “Hangat” di Tanah Hitam Berais dan Salji
Tales of Cities | Chaoshan, Bunga Segar Bangkitkan Deria, Gendang Bangkitkan Jiwa
“Semangat Olimpik Perkasakan Diri Supaya Lebih Berani, Kuat, Tenang”
Mengukir Musim Sejuk: Artis Ais, Salji di “Kota Ais” China
Kanvas Musim Sejuk Menderap Masuk Tahun Kuda
- Zhangping Lancar Kempen IP “Teh Gunung Tinggi Yongfu”, Galak Inovasi Industri Teh Rentas Selat
- Ekspo Teh Dua Pantai Selat Taiwan Ke-17 Bawa Impak Besar
- Matcha Semakin Versatil, Dorong Pendapatan 110,000 Pekebun Teh di Tongren
- Minuman Teh Gaya Baru China Kini Jadi Medium Zahirkan Penghargaan Budaya
- Kebun Teh di Hubei Berkembang Mekar, Jadi Destinasi Pelancong
- Pemandangan Udara Kebun Teh Berteres di Yunnan Bak Cap Jari
- Hari Teh Antarabangsa: Ikatan Rapat Xi Jinping Dan Teh
- Kawasan Pergunungan di Guizhou Jadi Kilang Super Matcha
- Pekan di Anhui Dorong Pemulihan Semula Luar Menerusi Industri Teh
- Musim Tuai Teh Bermula di Kawasan Tasik Qiandao