Sidang Kemuncak Digital China Ke-9 Buka Tirai di Fuzhou

(CRI)Rabu 29 April 2026

Sidang Kemuncak Digital China Ke-9yang bertemakan "Mempercepatkan Pembangunan Inovasi Teknologi Digital dan Pintar, Memacu Pembangunan Digital China" membuka tirai di Fuzhou pada Rabu.

Pelbagai laporan penting dijangka dilancarkan sepanjang sidang kemuncak tersebut termasuk Laporan Pembangunan Digital China (2025), Indeks Pembangunan Digital China danLaporan Tinjauan Sumber Data Nasional (2025).

Menurut sumber, setakat ini seramai 24,000 tetamu telah mendaftar, dengan 75 peratus daripadanya adalah wakil sektor perusahaan.

Dijangka lebih 120 hasil dan pencapaian berkaitan pembangunan digital dijangka diumumkan sepanjang sidang kemuncak tersebut.

Video

Berita Berkaitan