- Lain-lain
Guterres Kecam Keputusan Israel Bina Kompleks Pertahanan di Tapak Bekas Ibu Pejabat UNRWA

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengecam keras keputusan Israel untuk membina kompleks pertahanan di tapak bekas ibu pejabat Agensi Kerja dan Bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) di Baitulmuqaddis Timur.
Jurucakap dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, Guterres "mengecam dengan kata-kata yang paling keras" terhadap rancangan Israel tersebut.
Kenyataan itu menyebut bahawa Kompleks Syekh Jarrah tetap milik UNRWA sekaligus merupakan premis PBB.
Justeru Setiausaha Agung PBB itu menggesa kerajaan Israel untuk membatalkan keputusannya dan segera mengembalikan Kompleks Syekh Jarrah milik UNRWA kepada PBB.
Kenyataan itu juga menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai hak untuk menggunakan kuasa kedaulatan di mana-mana bahagian wilayah Palestin yang diduduki, dan wajib menamatkan penempatan haramnya di wilayah Palestin yang termasuk Baitulmaqdis Timur secepat mungkin.
- Komuniti Antarabangsa Perlu Bertindak Pertahan Keadilan: Duta China
- Sekatan Laluan Selat Hormuz Berpunca daripada Tindakan Ketenteraan Haram AS-Israel
- Lubnan, Israel Setuju Laksanakan Gencatan Senjata 10 Hari
- 2,124 Orang Maut Dalam Serangan Israel ke atas Lubnan
- China Seru Usaha Segera Redakan Konflik Lubnan-Israel
- Lebih 21,000 Fasiliti Awam Terjejas Akibat Serangan AS, Israel ke atas Iran
- Lebih 15,000 Cedera Akibat Serangan AS, Israel ke atas Iran
- Serangan Israel Ragut 486 Nyawa di Lubnan
- Wang Yi mengenai Isu Palestin: Pergolakan dan Perang Bukan Takdir Rakyat Palestin
- Israel Lancar Serangan Udara Baharu terhadap Selatan Beirut




