Lubnan, Israel Setuju Laksanakan Gencatan Senjata 10 Hari

(CRI)Jumaat 17 April 2026

Situasi di Asia Barat menyaksikan perkembangan penting apabila Lubnan dan Israel bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata sementara selama sepuluh hari.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trumppada Khamis menerusi hantaran di media sosial berkata beliau telah mengadakan perbualan telefon dengan Presiden Lubnan, Joseph Aoun dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan kedua-dua pihak bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata selamat sepuluh hari.

Gencatan senjata tersebut bermula pada pukul 12.00 tengah malam 17 April waktu Beirut.

Dalam perkembangan sama, Netanyahu dalam satu kenyataan video memaklumkan bahawa beliau telah bersetuju untuk melakukan gencatan senjata sementara, namun menegaskan tentera Israel tidak akan berundur sepenuhnya dari wilayah Lubnan semasa tempoh gencatan senjata berkenaan.

Sementara itu, Perdana Menteri Lubnan Nawaf Salam pada hari sama turut mengeluarkan kenyataan menerusi media sosial, mengalu-alukan gencatan senjata tersebut dan mengucapkan terima kasih atas usaha masyarakat antarabangsa dalam mendorong gencatan senjata.

Video

Berita Berkaitan