Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-79 Produktif dalam Pencapaian Keputusan

(CRI)Ahad 24 Mei 2026

Perhimpunan Kesihatan SeduniaKe-79 berakhir di Geneva, Switzerlandpada Sabtu. Negara-negara anggota telah mencapai banyak kata sepakatdalam mesyuarat yang berlangsung selama enam hari itu,dengan meluluskan lebih 20 keputusan dan 13 draf resolusiyang melibatkan pelbagai topik kesihatan seperti strok, penyakit hati, tuberkulosisdan radiasi.

Perhimpunan kali inibertemakan"Membina Semula Kesihatan Global, Berkongsi Tanggungjawab Bersama".

KetuaPengarahPertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam ucapan penutupnyamenggesa semua negara anggota untuk segera menterjemahkan pencapaian perhimpunan ini kepada tindakan yang nyata.

Dimaklumkan, delegasi China secara aktif dan mendalam mengambil bahagian dalam lebih 60 sesi perbahasan sepanjang perhimpunan kali ini, menganjurkan sesi sampingan bertema, serta mengadakan aktiviti pertukaran dengan WHO dan delegasi negara berkaitan untuk berkongsi pengalaman dan membentangkan cadangan.

Video

Berita Berkaitan