- Lain-lain
Peng Liyuan Sampaikan Ucapan Video Sempena Hari Tuberkulosis Dunia

Isteri Presiden China Xi Jinping, yang juga duta muhibah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi penyakit tuberkulosis (TB) dan HIV/AIDS, Peng Liyuan menyampaikan ucapan video di persidangan maya WHO sempena Hari Tuberkulosis Dunia 2026, pada Rabu.
Beliau menyatakan kerajaan China memberi perhatian tinggi tentang kerja pencegahan dan kawalan penyakit TB, di samping memperkasakan pencegahan dan kawalan TB melalui inovasi sains dan teknologi.
Peng berkata, rangkaian perkhidmatan kesihatan yang meliputi lebih 1.4 bilion penduduk di seluruh negara secara berkesan meningkatkan akses kepada pencegahan dan rawatan penyakit TB dan menurunkan kadar penyakit berkenaan.
Tahun ini merupakan ulang tahun ke-15 pelaksanaan kempen “Aktiviti Promosi Pengetahuan Mengenai Pencegahan dan Rawatan Penyakit TB Disertai Jutaan Sukarelawan”. Dalam tempoh 15 tahun lalu, lebih sejuta sukarelawan dari seluruh negara melibatkan diri dalam kempen tersebut, mengadakan lebih 80,000 projek perkhidmatan berkaitan.
Peng Liyuan dalam ucapannya turut menyeru pelbagai negara agar mengambil tindakan, menyokong dan menyertai usaha mencegah dan merawat penyakit TB, dan bersama-sama membina komuniti kesihatan sesama insan.
- AS Masih Belum Langsaikan Yuran Keahlian WHO
- Peng Liyuan Anjur Resepsi Minum Teh untuk Wanita Pertama Korea Selatan
- Peng Liyuan, Brigitte Macron Kunjungi Teater Seni Rakyat Beijing
- Peng Liyuan Hadir Sesi Interaktif Belia China-AS "Bond with Kuliang"
- Peng Liyuan dan Wanita Pertama Brazil Lawat NCPA
- Peng Liyuan Anjur Majlis Minum Teh Rai Wanita Pertama Kenya
- WHO Konsisten Jana Impak Sosial Cegah dan Rawat Penyakit TB - Peng
- Tinjuan CGTN: Pengunduran AS dari Organisasi Antarabangsa akan Burukkan Lagi Defisit Tadbir Urus Global
- Peng Liyuan Kunjungi Muzium Macau
- Peng Liyuan Ucap Tahniah kepada Majlis Penyampaian Hadiah Pendidikan Kanak-kanak Perempuan dan Wanita UNESCO




