- Lain-lain
China Bantu Afrika Perangi Ebola

Menurut Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa China pada Isnin, wabak Ebola terus merebak di beberapa kawasan di Afrika sehingga mencetuskan situasi yang sangat serius, dan dikesan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai "insiden kecemasan kesihatan awam yang menjadi tumpuan antarabangsa".
Kerajaan China memutuskan untuk menghulur bantuan kemanusiaan kecemasan kepada Republik Demokratik Congo, dengan menghantar satu pasukan perubatan ke negara itu untuk menyediakan perkhidmatan.

Pada masa yang sama, China juga memberikan bantuan kepada Suruhanjaya Kesatuan Afrika (AU) melalui kerjasama pencegahan dan kawalan wabak, dan menyediakan sokongan kepada Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Afrika, dengan tujuannya membantu negara-negara Afrika meningkatkan kemampuan dalam memerangi wabak.
Suruhanjaya Kesihatan Nasional China memaklumkan lewat malam semalam, kumpulan pertama pasukan perubatan China telah berlepas dari sini pada awal pagi Selasa.
- Menteri Luar China dan Seychelles Adakan Rundingan di Beijing
- Tarif Sifar Galak Usaha Modenisasi China, Afrika
- “Tarif Sifar” Memangkin Pembangunan Afrika Berdasarkan Kerjasama dengan China
- Xi, Neves Bertukar Ucapan Tahniah Sempena 50 Tahun Hubungan Diplomatik
- Xi Ucap Tahniah kepada Guelleh Dilantik Semula Sebagai Presiden Djibouti
- Seychelles Boleh Jadi Jambatan bagi Kerjasama China-Afrika: Presiden Herminie
- Program Sosiobudaya dan Sambutan TBC 2026 Dilancarkan di Mauritius
- Xi Ucap Tahniah Touadera Kekal Presiden Afrika Tengah
- Aktiviti Rai Pelancaran Tahun Pertukaran Rakyat-ke-Rakyat China-Afrika di Pretoria
- China Sudi Bersama Afrika Melangkah Menuju Modenisasi: MFA




