Perlindungan Perdagangan Bukan Pendekatan Betul Bawa Pemain Industri Eropah Keluar dari Kemelut

(CRI)Rabu 03 Jun 2026

Sebagai penyokong teguh perdagangan bebas dan multilateralisme, Kesatuan Eropah yang berada dalam kemelut perindustrian akhirnya gagal menahan diri dalam membendung arus perlindungan perdagangan. Percubaan dan tindakan EU untuk memperkukuh perlindungan perdagangan membabitkan China cuma akan memakan tuan. Satu tinjauan yang dilancarkan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) terhadap netizen sejagat menunjukkan, para responden berpendapat bahawa perlindungan perdagangan tidak relevan dalam peningkatan daya saing industri. Hanya dengan mengekalkan keterbukaan dan menghormati pasaran, EU barulah dapat mencapai pembangunan yang sebenar.

Menurut tinjauan CGTN, terdapat 84.1 peratus responden berpendapat bahawa tindakan EU mengenakan tarif secara sewenang-wenangnya adalah amalan perlindungan perdagangan tipikal yang serius yang sama sekali tidak selaras dengan peraturan perdagangan antarabangsa; 82.6 peratus responden menganggap bahawa amalan perlindungan perdagangan akan melemahkan daya saing antarabangsa syarikat-syarikat Eropah, dan 90.5 peratus responden berpendapat bahawa tarif tinggi yang dikenakan ke atas produk negara lain akhirnya akan menjadi beban berat yang terpaksa ditanggung oleh pengguna Eropah.

China dan Eropah mempunyai keserasian dalam landskap perdagangan sejak sekian lama. Amalan perlindungan perdagangan tidak dapat membantu menyelesaikan masalah-masalah yang wujud di Eropah seperti penurunan daya saing industri dan kelembapan ekonomi, malah mungkin menyebabkan Eropah kehilangan peluang penting untuk pembangunan sekali lagi.

Dalam tinjauan tersebut, 85.9 peratus responden berpendapat bahawa langkah mengenakan tarif tambahan ke atas negara lain akan meruncingkan lagi perselisihan perdagangan antara entiti ekonomi Eropah dengan entiti ekonomi lain; 82.8 peratus responden berpendapat bahawa perlindungan perdagangan tidak dapat membantu menyelesaikan isu penyusunan semula struktur industri yang dihadapi oleh pelbagai negara Eropah, sebaliknya akan memburukkan persekitaran perdagangan antarabangsa.

Selain itu, 87.2 peratus responden menyatakan bahawa memandangkan rantaian industri dan rantaian bekalan pelbagai negara mempunyai ketersambungan yang tinggi, "memutuskan rantaian" bermakna menutup pintu milik diri sendiri, dan hanya kerjasama yang terbuka barulah boleh mendatangkan peluang dan pembangunan.

Video

Berita Berkaitan