- Lain-lain
Wang Yi Bertemu Presiden Suruhanjaya EU di Brussels
![]() |
Menteri Luar China Wang Yi mengadakan pertemuan dengan Presiden Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU) Ursula Von Der Leyen di Brussels pada Rabu waktu tempatan.
Dalam pertemuan tersebut, Wang Yi berkata China sentiasa menyokong proses integrasi Eropah.
Wang Yi berkata, China dan EU harus berpegang kepada multilateralisme dan amalan perdagangan bebas, memelihara orde dan peraturan antarabangsa, mendorong penyelesaian konflik antarabangsa secara damai, serta bekerjasama untuk menghadapi cabaran global seperti perubahan iklim.
Sementara itu, Von Der Leyen berkata bahawa EU dan China akan mengadakan mesyuarat pemimpin pusingan baharu, dan ia merupakan peluang terbaik untuk kedua-dua pihak meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik.
Ujarnya EU komited untuk membina hubungan yang stabil dan konstruktif dengan China, serta menjalinkan kerjasama saling menguntungkan dalam ekonomi dan perdagangan.
Beliau pada masa sama berharap untuk mengadakan komunikasi mendalam dengan pemimpin China berkenaan isu-isu yang menjadi kepentingan bersama.
![]() |
- China, EU Bersedia Kukuh Hubungan Bilateral
- Xi, Pemimpin EU Tukar Ucapan Tahniah Sempena Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik
- China, EU Komited Pelihara Dagangan Bebas dan Terbuka
- China, EU Setuju Sambungkan Rundingan tentang Kes Anti-subsidi BEV
- Naib Presiden China Ditemui CEO Royal Philips
- EU Digesa Henti Politikkan Isu Dagangan
- Pertemuan Pemimpin China-Perancis-EU Diadakan
- Xi Hadiri Pertemuan Tiga Penjuru China-Perancis-EU di Istana Elysee
- Mesyuarat Pemimpin China-EU ke-24 di Beijing
- Dialog Ekonomi Peringkat Tinggi China-EU Dijadual Isnin Depan