Xi Mulakan Lawatan ke DPRK

(CRI)Isnin 08 Jun 2026

Presiden China, Xi Jinping telah berlepas dari Beijing pada pagi Isnin bagi mengadakan lawatan negara ke Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) atas jemputan Setiausaha Agung Parti PekerjaDPRK, Kim Jong Un.

Lawatan Xi ke DPRK turut diiringi isterinya, Peng Liyuan, Ahli Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Ketua Pejabat Am Jawatankuasa Pusat PKC, Cai Qi dan Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC merangkap Menteri Luar China, Wang Yi.

Video

Berita Berkaitan