- Lain-lain
China Sedia Perkukuh Komunikasi Strategik dengan DPRK
Perdana Menteri Li Qiang menyatakan kesediaan China untuk memperkukuh pertukaran peringkat tinggi dan komunikasi strategik dengan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK).
Li yang juga ahli Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) membuat kenyataan itu semasa bertemu Setiausaha Agung Parti Pekerja Korea (WPK) Kim Jong Un di Pyongyang pada Khamis.
Li berkata China sudi bekerjasama dengan DPRK untuk menyemarakkan persahabatan tradisional, memperdalam kolaborasi pragmatik serta mempertingkat penyelarasan dalam hal ehwal antarabangsa dan serantau.
Beliau menyeru supaya kedua-dua pihak memperkasa kerjasama pelbagai hala, menjunjung dan mengamalkan multilateralisme, di samping menggerakkan orde antarabangsa ke arah lebih adil dan munasabah.
Sementara itu, Kim menzahirkan komitmen Pyongyang untuk merapatkan pertukaran peringkat tinggi dengan Beijing, menggalakkan kerjasama dalam pelbagai bidang dan memajukan perjuangan sosialis sehingga membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
- PM Li Bakal Hadir Sambutan Ulang Tahun ke-80 WPK, Lawat DPRK
- PM Li Bertemu Menteri Luar DPRK
- Jasad Anggota Tentera Sukarela China Dibawa Pulang ke Tanah Air
- Xi Ucap Tahniah Sempena Hari Kebangsaan ke-77 DPRK
- China, DPRK Ikrar Perkasa Kolaborasi
- Xi Sampaikan Perutusan Tahniah kepada Kim Jong Un Sempena Hari Kebangsaan Ke-76 DPRK
- Xi, Kim Umumkan 2024 sebagai Tahun Persahabatan China-DPRK