- Lain-lain
PM Li Bertemu Menteri Luar DPRK
(CRI)Selasa 30 September 2025
China sedia memperkukuh koordinasi dengan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) untuk memelihara kepentingan bersama dua negara.
Perdana Menteri Li Qiang membuat kenyataan itu ketika mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar DPRK, Choe Son Hui di Beijing pada Isnin.
Li berkata China akan merapatkan lagi pertukaran dan interaksi di pelbagai peringkat dengan DPRK, mengukuhkan persefahaman dan persahabatan, melaksanakan kolaborasi dalam pelbagai bidang dan memajukan pembangunan bersama.
Sementara itu, Choe menyatakan kesediaan pihaknya untuk meningkatkan pertukaran peringkat tinggi dengan China, mengeratkan komunikasi antara kementerian luar kedua-dua negara dan memperdalam kerjasama pelbagai hala.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara © People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang