- Lain-lain
Perkukuh Hubungan China-DPRK, Cipta Kemajuan Lebih Besar - Xi
Presiden China Xi Jinping menulis satu artikel bertajuk "Meneruskan Tradisi, Maju ke Hadapan - Membuka Lembaran Baharu Persahabatan Tradisional China-DPRK"bagi disiarkan di akbar "Rodong Sinmun" Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), sebelum memulakan lawatan rasmi ke Pyongyang.
Dalam artikel tersebut Xi menekankan bahawa beberapa tahun kebelakangan ini, China dan DPRK fokus menguruskan hal sendiri dan terus mara ke hadapan di jalan sosialisme, meskipun berdepan perubahan besar dunia yang berkembang pesat dan situasi antarabangsa yang tidak menentu.
Xi yang juga merupakan Setiausaha Agung Parti Komunis China berkata, China kini sedang berusaha dengan gigih untuk membuka lembaran baharu dalam pembinaan modenisasi ala China, manakala DPRK sedang memulakan era baharu perkembangan sosialis secara menyeluruh.
Xi turut menyatakan kesediaan China untuk bekerjasama dengan DPRK dari perspektif strategik bagi menguruskan hubungan bilateral dan memajukan hubungan kedua-dua negara, selaras dengan perkembangan zaman, sekaligus menghasilkan pembangunan yang lebih besar.
Sehubungan itu, kedua-dua pihak perlu memperdalam komunikasi strategik, memastikan arah pembangunan hubungan bilateral di landasan yang betul dan memperkukuh pertukaran dan pembelajaran bersama.
Selain itu China dan DPRK sebagai dua negara sosialis perlu bersama-sama memajukan pembangunan berkaitan dengan mantap dan berterusan, mengembangkan kerjasama dalam bidang yang substantif, meningkatkan kesejahteraan dan persahabatan rakyat secara berterusan, mempererat kerjasama pelbagai pihak dan dengan tegas menegakkan keadilan dan kesaksamaan antarabangsa.
"Kami bersedia berganding bahu dengan DPRK, memperkukuh persahabatan tradisional pada era ini, di samping menyumbang dalam memajukan keamanan, kestabilan serta kemakmuran serantau dan dunia," kata Xi lagi.
- Menteri Luar China, DPRK Adakan Pertemuan di Pyongyang
- Lawatan Wang Yi ke DPRK, Perkukuh Hubungan Bilateral
- Xi Ucap Tahniah kepada Kim Jong Un Terpilih sebagai Setiausaha Agung Parti Pekerja DPRK
- PM Li Beri Penghormatan kepada Perwira China yang Terkorban Semasa Perang Korea
- Li Qiang Hadir Sambutan Ulang Tahun ke-80 Parti Pekerja Korea
- Li Qiang Bertemu PM DPRK di Pyongyang
- China Sedia Perkukuh Komunikasi Strategik dengan DPRK
- Xi Ucap Tahniah Sempena Ulang Tahun ke-80 WPK
- PM Li Bakal Hadir Sambutan Ulang Tahun ke-80 WPK, Lawat DPRK
- PM Li Bertemu Menteri Luar DPRK




