Han Zheng Hadiri Majlis Jerayawara "Eksport ke China" di Belarus

(CRI)Isnin 08 Jun 2026

Naib Presiden China, Han Zheng menghadiri majlis jerayawara di bawah inisiatif “Berkongsi Pasaran Besar, Eksport ke China” di Belarus pada Ahad.

Ketika berucap pada majlis itu, Han berkata tujuan China melancarkan siri aktiviti “Berkongsi Pasaran Besar, Eksport ke China” pada tahun lalu adalah bagi memperluas peluang perdagangan bersama rakan-rakan dagang, menggalakkan pembangunan bersama serta mempertahankan sistem perdagangan pelbagai hala dan perdagangan bebas.

Menurut Han, majlis jerayawara di Belarus ini merupakan acara luar negara pertama bagi siri "Eksport ke China" bagi tahun 2026.

Han berkata, lebih 40 syarikat China dan lebih 200 syarikat Belarus telah menyertai sesi padanan perniagaan yang bertujuan menyediakan saluran baharu bagi produk Belarus memasuki pasaran China.

Beliau turut mengalu-alukan pihak Belarus untuk memanfaatkan peluang tersebut dengan memperluas kerjasama perdagangan bersama China, demi mencapai manfaat bersama dan memperkukuh hubungan ekonomi dua hala.

Majlis jerayawara ini dianjurkan bersama oleh Kementerian Perdagangan China dan Kementerian Luar Belarus, dan menyaksikan kehadiran lebih 500 wakil dari bidang politik dan perniagaan kedua-dua negara.

Syarikat-syarikat dari kedua-dua pihak juga mengadakan beberapa rundingan perniagaan dan memeterai pelbagai perjanjian kerjasama.

Video

Berita Berkaitan