Jumlah Pengendalian Kargo di Pelabuhan China Meningkat 4.4 Peratus

(CRI)Jumaat 19 Disember 2025

Menurut data Kementerian Pengangkutan China, jumlah pengendalian kargo di pelabuhan China pada 11 bulan pertama tahun ini mencatat 16.75 bilion tan, meningkat 4.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Data sama juga memaklumkan, jumlah pengendalian kontena mencapai 320 juta TEU, meningkat 6.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, daripada jumlah itu kontena bagi urusan perdagangan antara China dengan negara luar turut menyaksikan peningkatan 9.5 peratus.

Perkhidmatan pengangkutan kontena antarabangsa China ketika ini telah menjangkau lebih 100 buah negara dan rantau.

Manakala eksport China kini beralih daripada produk nilai tambah rendah seperti produk pertanian dan tekstil ringan kepada produk berteknologi tinggi seperti jentera dan peralatan canggih, kenderaan elektrik serta robot industri.

Video

Berita Berkaitan