Import Eksport Xinjiang Tingkat 3.4% Suku Pertama 2026

(CRI)Khamis 23 April 2026

Pada suku pertama tahun 2026, keseluruhan import eksport dalam perdagangan luar Xinjiang meningkat 3.4 peratus tahun ke tahun, dengan mencatat RMB111.68 bilion (RM64.8 bilion). Prestasi ini merupakan satu lagi rekod baharu setelah suku pertama 2025 yang pernah julung kalinya menyaksikan perangkaan berkenaan melepasi paras RMB100 bilion (RM58 bilion).

Menurut Kastam China di bandar Urumqi, Asia Tengah dan ASEAN merupakan rakan dagang utama bagi wilayah Xinjiang, yang merekodkan peningkatan 30.6 peratus tahun ke tahun dengan negara-negara ASEAN, dan peningkatan 6.3 peratus tahun ke tahun dengan negara-negara yang terlibat dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang menyumbang 87.8 peratus keseluruhan import eksport wilayah autonomi itu.

Jika dilihat dari kategori barangan utama, produk mekanikal dan elektrik terus wujud sebagai dominan dalam pengeksportan Xinjiang, manakala bijih logam dan produk pertanian mendorong pertumbuhan import wilayah itu sebanyak 26.7 mata peratusan.

Video

Berita Berkaitan