Ekspo China-Asia Selatan ke-10 Berlangsung di Kunming pada 11 Hingga 16 Jun

(CRI)Khamis 11 Jun 2026

Ekspo China-Asia Selatan edisi ke-10 akan diadakan di bandar Kunming, provinsi Yunnan China pada 11 hingga 16 Jun.

Ketua Pengarah Jabatan Perdagangan Provinsi Yunnan, Li Chaowei dalam sidang media pada Rabu berkata, sebanyak 66 negara dan wilayah serta organisasi antarabangsa telah berdaftar untuk menyertai ekspo kali ini.

Pada masa sama, ekspoedisi ini secara julung-juling kalinya disertai semua negara Asia Selatan, Asia Tenggara dan anggota Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

Menurut Li, pameran kali ini akan mendirikan pavilion perdagangan perkhidmatan, memfokuskan tiga aspek iaitu kecerdasan buatan (AI), perdagangan digital dan kuasa pengkomputeran rentas sempadan.

Pavilion Asia Tenggara akan menempatkan syarikat dari negara-negara ASEAN seperti Malaysia, Vietnam, dan Thailand.

Pelbagai produk istimewa seperti hasil kreatif budaya, produk pertanian dan perkilangan, makanan ringan serta makanan popular dalam talian akan dipamerkan.

Dalam pada itu, pembeli profesional dan penduduk tempatan dan pelancong berpeluang untuk berkomunikasi langsung dengan syarikat-syarikat dari negara ASEAN, membolehkan pelanggan tempatan membeli produk baik dari ASEAN dengan mudah.

Video

Berita Berkaitan