Ekspo China-Asia Selatan ke-9 Berjaya Jana Kontrak Berjumlah Lebih RMB8 Bilion

(CRI)Selasa 24 Jun 2025
Ekspo China-Asia Selatan ke-9 Berjaya Jana Kontrak Berjumlah Lebih RMB8 Bilion

Sebanyak 163 perjanjian perdagangan bernilai kira-kira RMB8.663 bilion (RM5.135 bilion) telah ditandatangani sepanjang Ekspo China-Asia Selatan ke-9.

Jabatan Perdagangan Provinsi Yunnan dalam sidang media pada Isnin memaklumkan, antara perjanjian perdagangan yang berjaya dicapai termasuk produk pertanian, makanan, perlombongan, produk kimia, dan kelengkapan mesin serta pakaian.

Untuk rekod, Ekspo China-Asia Selatan ke-9 yang berlangsung dari 19 hingga 24 Jun telah berjaya menarik lebih 2,500 pempamer dari 73 buah negara dan wilayah, selain pertubuhan antarabangsa dari negara-negara di Asia Selatan dan Asia Tenggara.

Video

Berita Berkaitan