- Lain-lain
China Saksikan Pertumbuhan Pesat Nilai Data

Orang ramai mengunjungi kawasan pameran ekonomi digital semasa Ekspo China-Rusia ke-10 di Harbin, provinsi Heilongjiang, timur laut China, 18 Mei 2026. (Xinhua/Na Yuqi)
Lebih dua tahun selepas pelan tindakan tiga tahun mula dilaksanakan untuk merangsang pembangunan dan aplikasi data sebagai faktor pengeluaran, China telah menyaksikan nilai sumber data meningkat pesat, menurut Pentadbiran Data Negara (NDA) pada Khamis.
Ditubuhkan pada Oktober 2023, NDA mengelolakan perancangan dan pembangunan gagasan ekonomi dan masyarakat digital, “China Digital”, juga bertanggungjawab memajukan pembinaan sistem asas bagi data serta menyelaraskan integrasi, perkongsian, pembangunan dan aplikasi sumber data.
Pelan tindakan tiga tahun berkenaan menggariskan usaha untuk memperluas cakupan aplikasi data merentas beberapa sektor, memupuk industri serta model perniagaan dan daya penggerak baharu, selain memangkinkan kesan pengganda data dalam menyokong pembangunan berkualiti tinggi.
NDA telah mengumumkan 417 kes tipikal di samping mengenal pasti 760 senario pelaksanaan tipikal melibatkan data sebagai faktor pengeluaran dalam 11 industri. Memetik pegawai NDA bernama Luan, ini jauh melebihi sasaran 300 senario, dan lebih awal daripada dijadualkan.
Tambah Luan lagi, jumlah keseluruhan data aktif China mencecah 1.67 zettabyte pada 2025, naik 28.46 peratus berbanding tahun sebelumnya. Satu zettabyte bersamaan dengan kira-kira satu trilion gigabyte.
Dalam tempoh sama, bilangan produk dan perkhidmatan oleh syarikat data bertambah sebanyak 29.29 peratus, manakala nilai transaksinya meningkat 39.8 peratus.
Memandang ke hadapan, NDA akan terus menambah baik tadbir urus data, memperdalam aplikasi berasaskan senario, dan mempertingkat penciptaan nilai, agar mengubah dividen dasar menjadi peluang pembangunan dan memacu kesan pengganda data sebagai faktor pengeluaran, ujar Luan.
- Pendinginan Server Sublaut: Pusat Data Selatan China Rintis Jalan
- Naib PM China Seru Tingkat Tadbir Urus Data Global
- Xi Sampaikan Ucapan Tahniah Sempena Penubuhan Pertubuhan Data Dunia (WDO)
- Pertubuhan Data Dunia Mulakan Operasi di Beijing
- Sistem Piawaian Data Negara Dijangka Dibentuk Menjelang Penghujung 2026
- Pencapaian Teknologi Baharu Dipamerkan pada Ekspo Data Raya 2024
- Ekspo Data Raya Antarabangsa Buka Tirai, Tarik 21 Ribu Pengunjung
- Guiyang Rebut Peluang Baharu, Jadikan Data ‘Hidup’
- China Mula Pasang Kabin Data Dasar Laut Komersial
- Ekspo Industri Data Raya Antarabangsa China di Guiyang




