China Lancar Kempen Tiga Tahun Kurangkan Penggunaan Tenaga, Pelepasan Karbon

Foto bertarikh 3 Mei 2026 ini menunjukkan sebuah stesen kuasa akuavolta di kampung Qiaoji, bandar Bengbu, provinsi Anhui, timur China. (Foto oleh Li Xiangqian/Xinhua)

Foto bertarikh 3 Mei 2026 ini menunjukkan sebuah stesen kuasa akuavolta di kampung Qiaoji, bandar Bengbu, provinsi Anhui, timur China. (Foto oleh Li Xiangqian/Xinhua)

China telah melancarkan satu pelan tindakan tiga tahun untuk memacu penjimatan tenaga dan pengurangan pelepasan dalam industri utama, maklum Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC) pada Isnin.

Pelan berkenaan, dirumuskan oleh NDRC bersama beberapa jabatan dan agensi kerajaan lain, memfokuskan sembilan industri yang penggunaan tenaga dan pelepasan karbonnya tinggi, termasuk keluli, aluminium elektrolitik, simen, kaca rata, penapisan minyak, etilena, amonia sintetik, metanol, dan jana kuasa arang.

Di bawah pelan ini, China akan menaiktarafkan langkah penjimatan tenaga dan pengurangan karbon dalam sektor terbabit sepanjang tempoh tiga tahun bermula 2026. Matlamatnya adalah untuk mempertingkatkan keefisienan tenaga dan karbon di peringkat syarikat, sambil mendorong perkembangan bersifat hijau dan karbon rendah industri-industri tersebut.

Dokumen berkenaan juga menetapkan sasaran utama sehingga penghujung 2028, memperincikan tugas penaiktarafan khusus, di samping menyeru sokongan lebih baik menerusi pembiayaan, panduan harga, insentif dasar, dan had terpiawai.

Menurut NDRC, kempen ini bagi memperluas pelaburan berkesan, menggalakkan penaiktarafan industri, memupuk penggerak baharu pembangunan hijau, dan menyokong sasaran puncak karbon negara.

China telah menetapkan sasaran untuk mencapai puncak pelepasan karbon dioksida menjelang 2030, dan keneutralan karbon menjelang 2060.

Video

Berita Berkaitan