- Lain-lain
Artikel Xi Mengenai Pembangunan Pendidikan, Sains dan Teknologi, dan Bakat Diterbitkan dalam Jurnal Qiushi

Artikel Presiden China, Xi Jinping mengenai pembangunan bersepadu pendidikan, sains dan teknologi serta bakat diterbitkan dalam jurnal Qiushi edisi ke-12, pada Selasa.
Artikel tersebut merupakan himpunan petikan, ucapan dan kenyataan Xi mengenai topik berkenaan sepanjang tempoh Disember 2012 hingga April 2026.
Menurut artikel itu, pendidikan, sains dan teknologi serta bakat merupakan tonggak asas dan sokongan strategik bagi pembinaan negara sosialis moden secara menyeluruh.
Menurut beliau, China perlu membangunkan mekanisme yang menyokong inovasi secara menyeluruh dan meningkatkan keberkesanan keseluruhan sistem inovasi negara.
Artikel tersebut turut menekankan kepentingan mempercepat usaha memupuk tenaga bakat inovatif yang besar dari segi jumlah, seimbang dari segi struktur dan berkualiti tinggi.
Beliau juga menyeru agar sokongan terhadap penyelidik dalam bidang penyelidikan asas terus diperkukuh selain penambahbaikan dilakukan terhadap sistem penilaian yang lebih bersesuaian dengan ciri-ciri penyelidikan asas serta mekanisme sokongan jangka panjang bagi memperkukuh kumpulan penyelidik dalam bidang tersebut.
- Artikel Xi mengenai Pembangunan Industri Masa Hadapan Diterbitkan
- Karya Terpilih Xi Jinping mengenai Kedaulatan Undang-undang Edisi Bahasa Inggeris Diterbitkan
- Jilid Kelima Buku "Xi Jinping: Tadbir Urus China" Diterbitkan dalam Lapan Bahasa
- Xi Beri Arahan kepada Barisan Pegawai Kanan Menerusi Artikelnya Terbitan Qiushi
- Majlis Promosi Buku "Xi Jinping: The Governance of China" Edisi Bahasa Inggeris Diadakan di Indonesia
- Artikel Xi Mengenai Galakan Membaca dalam Kalangan Rakyat Diterbitkan Dalam Jurnal Qiushi
- Artikel Xi mengenai Pemahaman Betul terhadap Prestasi Tadbir Urus Diterbit
- Simposium Mengenai Buku Xi Memimpin Perang Membasmi Kemiskinan Diadakan di Beijing
- Cerita Dikongsi Xi: Fahami dengan Betul Prestasi Tadbir Urus
- Dua Buku Xi mengenai Perekonomian dan Pergaulan dengan Siswa-siswi Dilancarkan di Hong Kong




