Undang-undang Hal Ehwal Etnik China Mula Kuat Kuasa, Jadi Asas Kepaduan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 02 Julai 2026

Penari membuat persembahan di Taman Budaya, Urumqi, wilayah autonomi Uygur Xinjiang, barat laut China, 28 Julai 2025. (Xinhua/Hu Huhu)

Penari membuat persembahan di Taman Budaya, Urumqi, wilayah autonomi Uygur Xinjiang, barat laut China, 28 Julai 2025. (Xinhua/Hu Huhu)

Undang-undang terbaru China berkaitan hal ehwal etnik, yang mula berkuat kuasa Rabu lalu, akan menjadi wahana ke arah kepaduan dan kemakmuran bersama kesemua 56 kumpulan etnik.

Undang-undang Penggalakan Perpaduan dan Kemajuan Etnik yang diluluskan oleh Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) pada bulan Mac, merupakan satu lagi langkah ketika negara memasuki dekad terakhir untuk merealisasikan pemodenan pada asasnya menjelang 2035. Ia disusun bagi memperkasakan tadbir urus berasaskan undang-undang dalam hal ehwal etnik negara.

Menurut banci pada 2020, populasi etnik minoriti China telah melebihi 125 juta atau 8.89 peratus populasi negara. Interaksi dan integrasi antara kumpulan etnik berbeza telah mencapai suatu tahap yang tidak pernah disaksikan dahulu. Memetik pihak berkuasa, perkembangan ini antara hasil usaha menghapuskan kemiskinan mutlak dan menggalakkan urbanisasi.

Untuk julung kalinya, dari perspektif teori perundangan, undang-undang baharu ini menghuraikan konsep teras seperti memupuk semangat komuniti yang kuat dan mendorong pembinaan komuniti nusa dan bangsa China.

Ia mempertanggungjawabkan kepada setiap warga China untuk mendukung perpaduan negara dan solidariti etnik, di samping melarang diskriminasi dan penindasan terhadap mana-mana kumpulan etnik.

Dokumen ini juga memerangi keganasan, separatisme etnik dan ekstremisme keagamaan, mengenakan liabiliti jenayah ke atas sesiapa yang mendalangi, merancang, melakukan, menghasut dan membiayai kegiatan seumpama.

Video

Berita Berkaitan