- Lain-lain
Sambutan Tahun Baharu Etnik Tarik Pelancong Asing

Foto dron pada 20 Disember 2025 menunjukkan orang ramai menyambut festival Tahun Baharu Dong di kampung Dong Zhaoxing, kaunti Liping, daerah autonomi Miao dan Dong Xiangdongnan, provinsi Guizhou, barat daya China. (Foto oleh Long Jianrui/Xinhua)
Dengan alunan ritma paip tiup kayu lusheng dan keharuman aroma kuih pulut, sebuah kampung di provinsi Guizhou, barat daya China, menyambut ketibaan Tahun Baharu Dong pada hujung minggu lalu – satu festival tahunan yang mengundang kedatangan pelancong dari serata dunia.
“Saya pernah melihat persembahan lagu dan tarian etnik China sebelum ini, tetapi acara Tahun Baharu Dong ini lebih ramai pesertanya dan lebih banyak jenis persembahannya. Dapat mengalaminya sendiri memang sesuatu yang cukup hebat,” ujar Konstantin Pokazachenko, pelancong dari Moscow, Rusia.
Sarwar Jahan, seorang vlogger dari Bangladesh yang mempunyai 400,000 pengikut, telah mengabadikan detik-detik indah dan menguja pada Tahun Baharu Dong dengan kameranya.
“Perarakan besar hari ini amat mengagumkan. Orang sini benar-benar mencintai dan berbangga dengan budaya etnik mereka,” kata Jahan, yang terpesona dengan pemandangan, budaya, serta senyuman penduduk tempatan.
Hingga kini, hampir 10,000 pelancong dari luar telah melawat kampung tersebut.
Dengan menganjurkan acara-acara seperti sambutan Tahun Baharu Dong dan pertandingan korus peringkat kampung, pihak berkuasa tempatan telah membangunkan projek-projek pelancongan budaya etnik yang tersendiri. Jelas Lu Weimin, ketua Parti kampung, pendekatan ini memperkaya sektor pelancongan desa dengan pelbagai pengalaman budaya.
Tambahnya lagi, kampung itu kini telah membuka lebih 400 hotel, rumah tamu dan restoran, yang mencipta peluang kerja dan niaga untuk lebih 2,000 penduduk kampung.

Foto dron pada 20 Disember 2025 menunjukkan orang ramai menyambut festival Tahun Baharu Dong di kampung Dong Zhaoxing, kaunti Liping, daerah autonomi Miao dan Dong Xiangdongnan, provinsi Guizhou, barat daya China. (Foto oleh Long Jianrui/Xinhua)

Jamuan meja panjang diadakan sempena festival Tahun Baharu Dong di kampung Dong Zhaoxing, kaunti Liping, daerah autonomi Miao dan Dong Xiangdongnan, provinsi Guizhou, barat daya China, 20 Disember 2025. (Foto oleh Long Jianrui/Xinhua)
- Drama Tarian Immersive “Irama Purba Dunhuang” Dipentaskan
- Guizhou, “Muzium Jambatan Dunia”
- Seteguk, Secawan, Jiwai Vitaliti Guiyang
- Jambatan Tertinggi Dunia Lonjakkan Pelancongan Tempatan
- Guizhou Beri Nafas Baharu Untuk Warisan Tunpu
- Industri Matcha Tongren Harum di Pentas Global
- Muzium Istana, Jendela Fahami Peradaban China: Xi
- Xiuwen Kini Masuk Musim Menuai Buah Kiwi
- “Malam DATA” di Guiyang Papar Teknologi AI Terkini
- Ekspo Industri Data Raya 2025 Pertaruh Inovasi Digital Terkini




