Cerita Bergambar Sulaman Suji Bilang Tiaohua

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 02 Julai 2026

Wanita dari kumpulan Huayao etnik Yao menunjukkan kemahiran sulaman suji bilang Tiaohua di kaunti Longhui, Shaoyang, provinsi Hunan, tengah China, 23 Jun 2026. (Xinhua/Zhao Zhongzhi)

Sulaman suji bilang Tiaohua merupakan kraf tangan tradisional yang diwarisi dari generasi ke generasi oleh wanita Huayao, satu cabang dalam etnik Yao, di kaunti Longhui.

Sulaman ini dapat dijejaki asal usulnya hingga Dinasti Han (202SM-220M), dan mencapai puncak pada dinasti Ming (1368-1644) dan Qing (1644-1911). Ia dihasilkan dengan gaya “Qingsha” yang unik, dan dibuat dengan benang sutera berlatarkan kain biru tenunan sendiri tanpa mereka coraknya terlebih dahulu. Sehelai skirt biasa boleh mengandungi ratusan malahan ribuan jahit sulam, memerlukan beberapa bulan atau tahun untuk siap. Pada 2006, kemahiran membuat sulaman Tiaohua Huayao Longhui disenaraikan dalam kumpulan pertama warisan budaya tak ketara negara.

Memandangkan orang Huayao tiada bahasa tulisan, sulaman Tiaohua memainkan peranan penting dalam memelihara warisan budaya dan sejarah mereka. Inilah sebabnya seni ini diberikan gelaran “buku sejarah tanpa perkataan yang dipakai pada badan”.

“Setiap corak ada makna spiritual di sebaliknya,” kata Shen Yanxi, pewaris Tiaohua peringkat provinsi.

Abad demi abad berlalu, sulaman suji bilang Tiaohua berubah gaya dengan corak dan warna yang disesuaikan mengikut estetika semasa. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kaunti Longhui telah menggalakkan perlindungan dan inovasi Tiaohua dengan memanfaatkan pelancongan budaya, pemeliharaan digital, serta projek-projek yang memperkenalkan warisan budaya tak ketara ke kampus. Ini sekali gus membawa kemahiran tradisional tersebut, yang dahulunya hanya di tempat terpencil, ke khalayak yang lebih luas di seluruh dunia.

Foto yang diambil pada Februari 2022 ini menunjukkan pemandangan salji di pekan Huxingshan di kaunti Longhui, Shaoyang, provinsi Hunan, tengah China. (Xinhua/Zeng Yong)

Wanita berkostum sulaman suji bilang Tiaohua mengunjungi air terjun di kaunti Longhui, Shaoyang, provinsi Hunan, tengah China, 24 Jun 2026. (Xinhua/Zhao Zhongzhi)

Wanita dari kumpulan Huayao etnik Yao menyampaikan kelas latihan sulaman suji bilang Tiaohua di kaunti Longhui, Shaoyang, provinsi Hunan, tengah China, 23 Jun 2026. (Xinhua/Zhao Zhongzhi)

Feng Tangmei, pewaris sulaman suji bilang Tiaohua peringkat provinsi, menunjukkan kemahirannya menerusi strim langsung di kaunti Longhui, Shaoyang, provinsi Hunan, tengah China, 23 Jun 2026. (Xinhua/Zhao Zhongzhi)

Foto bertarikh 26 Oktober 2020 ini memperlihatkan upacara perkahwinan orang kumpulan Huayao etnik Yao di kaunti Longhui, Shaoyang, provinsi Hunan, tengah China, 23 Jun 2026. (Xinhua/Zhao Zhongzhi)

Pelajar belajar sulaman suji bilang Tiaohua di sebuah sekolah di kaunti Longhui, Shaoyang, provinsi Hunan, tengah China, 24 Jun 2026. (Xinhua/Zhao Zhongzhi)

Pelajar belajar sulaman suji bilang Tiaohua di sebuah sekolah di kaunti Longhui, Shaoyang, provinsi Hunan, tengah China, 24 Jun 2026. (Xinhua/Zhao Zhongzhi)

Wanita dari kumpulan Huayao etnik Yao menunjukkan kemahiran sulaman suji bilang Tiaohua di kaunti Longhui, Shaoyang, provinsi Hunan, tengah China, 23 Jun 2026. (Xinhua/Zhao Zhongzhi)

Wanita dari kumpulan Huayao etnik Yao menunjukkan kemahiran sulaman suji bilang Tiaohua di kaunti Longhui, Shaoyang, provinsi Hunan, tengah China, 23 Jun 2026. (Xinhua/Zhao Liu Lianfen)

Foto dron bertarikh 24 Jun 2026 ini menunjukkan pemandangan sebuah teater di pekan Huxingshan di kaunti Longhui, Shaoyang, provinsi Hunan, tengah China. (Xinhua/Zhao Zhongzhi)

Video

Berita Berkaitan