- Lain-lain
Perbincangan Wakil Dagangan China, AS Jujur dan Konstruktif
Naib Perdana Menteri China He Lifeng, yang juga ketua wakil China bagi urusan ekonomi dan perdagangan China-Amerika Syarikat (AS), menghubungi Setiausaha Perbendaharaan AS Scott Bessent dan Wakil Perdagangan AS Jamieson Greer melalui panggilan video pada Khamis.
Kedua-dua pihak bertukar pandangan secara jujur, mendalam dan konstruktif mengenai pelaksanaan konsensus penting yang dicapai pemimpin dua negara semasa pertemuan di Beijing.
Perbincangan itu juga memfokuskan kepada usaha mengekalkan hubungan ekonomi dan perdagangan yang stabil, memperluas kerjasama pragmatik serta menangani keprihatinan masing-masing secara wajar pada fasa seterusnya.
China dan AS sepakat untuk terus memanfaatkan mekanisme rundingan ekonomi dan perdagangan yang sedia ada bagi mengukuhkan komunikasi, meningkatkan rasa saling percaya dan menghapuskan keraguan, di samping memperkasa kerjasama antara satu sama lain.
Kedua-dua pihak juga komited mendorong hubungan ekonomi dan perdagangan ke arah stabil dan positif, sekali gus menyumbang kepada pembinaan hubungan China-AS berteraskan kestabilan strategik yang konstruktif.
- Wang Yi, Rubio Adakan Perbualan Telefon, Bincang Hubungan China-AS
- China, AS Setuju Tubuh Majlis Perdagangan
- Laksanakan Konsensus Pemimpin China-AS, Bersama Pelihara Kedamaian dan Kestabilan Dunia - Wakil China
- Wang Yi Bertemu Wakil Strategik dan Perniagaan AS di New York
- China, AS Sepakat Perkukuh Perdagangan Produk Pertanian
- China, AS Bekerjasama Tumpaskan Satu Kes Jenayah Rentas Sempadan
- Persepsi Positif Rakyat AS terhadap China Meningkat
- Naib PM China Bertemu CEO AMD, Seru Tingkatkan Kerjasama
- Rundingan Perdagangan China, AS Capai Hasil Positif
- Tinjauan CGTN: Visi Baharu Hubungan China, AS Bekalkan Kepastian kepada Dunia




