- Lain-lain
Komuniti di Hangzhou Sedia Hidangan Panas Susulan Mesej Penduduk
Satu mesej ringkas daripada seorang pesara telah menggerakkan perkhidmatan makanan untuk warga emas di komuniti Chunjiang, Hangzhou.
Zhu Shujian, seorang penduduk yang telah bersara, sering mendengar jiran yang berusia mengadu tentang kesukaran untuk memasak sendiri. Memikirkan keadaan ini, Zhu menulis cadangan di Papan Pesanan Pemimpin.
Selepas membaca mesej Zhu pada keesokan hari, He Mu, setiausaha Parti komuniti itu bersama-sama rakan sekerja menziarahi lebih 80 peratus penduduk warga emas untuk memahami keperluan mereka.
Disebabkan kekangan ruang, pihak komuniti membuka sebuah tapak perkhidmatan makanan bagi menggantikan kantin tradisional. Makanan disediakan di dapur terpusat berhampiran, kemudian disimpan hangat di tapak tersebut.
Katerer, Zhao Man pada mulanya agak keberatan kerana margin untung yang kecil, namun berubah hati selepas melihat kesungguhan He dan Zhu.
Dalam masa dua bulan selepas mesej Zhu, tapak itu pun dibuka secara rasmi. Pada hari pertama, lebih 200 penduduk warga emas datang.
Untuk memastikan keberterusan perkhidmatan, Zhu membantu membentuk satu kumpulan sukarelawan untuk menolong mengagihkan makanan dan mengurangkan kos buruh. Hari ini, tapak itu beroperasi dengan lancar. Menu dikongsi dalam chat berkumpulan dan sukarelawan menghantar makanan kepada mereka yang berusia 90 tahun ke atas.
Bagi He Mu, tapak itu satu janji yang dibuat untuk terus mendengar dan lebih prihatin akan kesejahteraan penduduk.

Penduduk makan tengah hari di tapak makanan komuniti di Chunjiang, daerah Shangcheng, bandar Hangzhou, provinsi Zhejiang, timur China, 12 Jun 2026. (People's Daily Online/Wu Chaolan)

Penduduk warga emas makan tengah hari di tapak makanan komuniti di Chunjiang, daerah Shangcheng, bandar Hangzhou, provinsi Zhejiang, timur China, 12 Jun 2026. (People's Daily Online/Wu Chaolan)

Sukarelawan bantu menghidangkan makanan kepada penduduk warga emas di tapak makanan komuniti di Chunjiang, daerah Shangcheng, bandar Hangzhou, provinsi Zhejiang, timur China, 12 Jun 2026. (People's Daily Online/Zhang Rong)

Penduduk warga emas beratur di tapak makanan komuniti di Chunjiang, daerah Shangcheng, bandar Hangzhou, provinsi Zhejiang, timur China, 12 Jun 2026. (People's Daily Online/Wu Chaolan)
- Raikan Pesta Chongyang: Warga Emas di China Sambut Tahun-tahun Emas Dengan Penuh Ceria
- Permainan Mesra Warga Emas Suntik Keceriaan Pasca Persaraan
- China Promosi Model Penjagaan Warga Emas Inovatif
- Gansu Terus Mengoperasikan ‘Kereta Api Perak’ Dengan Perkhidmatan Tersuai
- Dron Hantar Makanan Hangat Buat Warga Emas di Kawasan Pergunungan Zhejiang
- China Bakal Dorong Pelancongan Mesra Warga Emas, Tawar Lebih Banyak Kereta Api Khusus
- Xi Sampaikan Salam kepada Warga Emas di Ambang Pesta Chongyang
- Golongan Warga Emas, Salah Satu Tumpuan Pentadbiran Xi
- Xi Sampaikan Salam kepada Warga Emas di Ambang Pesta Chongyang
- Dasar ‘Ekonomi Perak’ China Pamer Potensi Perniagaan Sangat Besar




