- Lain-lain
Kopi Bantu Naikkan Nama Pekan Terpencil di Yunnan
Ibu bapa Zhao Hua antara yang terawal menanam kopi di kaunti Menglian, provinsi Yunnan, barat daya China. Semasa kecil, Zhao sering duduk di belakang pikap, menemani bapanya merentas kawasan berbukit untuk menghantar anak benih kopi. Kemudian, ketika mengasing-asingkan barang milik bapanya, dia terjumpa beberapa jilid buku nota pemerhatian bapanya tentang kaedah untuk menanam kopi yang lebih baik.
“Hidup mereka sangat susah,” Zhao mengenang kembali. “Mereka bertungkus lumus mencari makan untuk seisi keluarga. Generasi kamilah yang baru dapat merasai kemanisan hidup.”
“Picar Coffee” – nama yang dipilih Zhao untuk jenama kopinya, sebagai tanda penghormatan kepada trak pikap yang biasa digunakan untuk mengangkut buah kopi, perabot, tebu dan sebagainya meredah jalan gunung, membawa ritma kehidupan orang tempatan yang sederhana dan tidak mengenal erti lelah.
Hari ini, Picar Coffee sudah menjadi salah satu kedai paling popular di jalan kopi istimewa Menglian. Video pendek Zhao telah memperkenalkan pekan terpencil ini dan juga kopinya kepada khalayak yang lebih luas. Biji kopinya kini dieksport hingga ke Jepun, Australia, bahkan lebih jauh lagi.
- Profesor Baktikan Diri di Kampung, Luar Bandar Beijing
- Pekan Kecil Jadi “Hab Berus” China
- Surat Pekeliling No. 1 MPP Dikeluarkan, Fokus Pemodenan Pertanian dan Luar Bandar
- Kaunti Dongshan Bina Bengkel di Kawasan Luar Bandar, Mahu Capai Kemakmuran Bersama
- Industri Pisang Kaki Subur di Kaunti Shunping
- Landskap Indah Harmoni Pemulihan Semula Luar Bandar Terbentang di China
- Wartawan Asia Pasifik Kagum Lihat Hasil Strategi China Dalam Pemulihan Semula Luar Bandar
- Industri Basikal Makmur di Kaunti Wuhe
- Industri Pukat di Kampung Hedonglijiacun Mekar, Dieksport ke Luar Negara
- Lima Wilayah Autonomi China Saksi Pertumbuhan Ekonomi Mantap




