Kutipan Tiket Filem Semasa Musim Panas 2026 Lepasi RMB7.1 Bilion

(CRI)Ahad 02 Ogos 2026

Kutipan tiket filem termasuk jualan awal di seluruh China melepasi RMB7.1 bilion (RM4.2 bilion) bagi musim panas ini (dari Jun hingga Ogos), menurut data statistik sehingga pukul 12 malam 1 Ogos.

Sementara itu, kutipan tiket filem di China telah melepasi RMB22.8 bilion (RM13.8 bilion) sejak awal tahun ini.

Difahamkan lebih 120 filem tempatan dan asing akan ditayangkan sepanjang musim panas ini, merangkumi genre sejarah, komedi, animasi, fantasi dan lain-lain.

Video

Berita Berkaitan