- Lain-lain
Xi Ucap Takziah atas Kehilangan Nyawa Berikutan Gempa Bumi di Colombia
(CRI)Rabu 12 Ogos 2026
Presiden China Xi Jinping menzahirkan ucapan takziah kepada rakan sejawatnya dari Colombia Abelardo de la Espriella berikutan gempa bumi dahsyat yang melanda negara itu, pada Selasa.
Xi dalam perutusannya mengatakan bahawa gempa bumi dahsyat yang melanda Colombia mengakibatkan kematian dan kecederaan teruk serta kerugian harta yang besar di negara berkenaan.
"Saya mewakili kerajaan dan rakyat China merakamkan ucapan takziah setulus hati kepada keluarga mangsa, dan mendoakan mereka yang cedera agar segera sembuh.
"Saya yakin di bawah pimpinan kerajaan yang diketuai oleh Presiden De la Espriella, rakyat Colombia akan bersatu padu untuk mengatasi bencana dan membina semula kampung halaman dengan secepat mungkin," kata Xi.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara © People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang




