Import Eksport Barangan Kereta Api China-Laos Catat RMB20 Bilion Tujuh Bulan Pertama

(CRI)Rabu 12 Ogos 2026

Import eksport barangan Kereta Api China-Laos bagi tujuh bulan pertama tahun ini melebihi RMB20 bilion (RM12 bilion), meningkat 29.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Menurut Kastam China di Kunming, sejak kereta api laluan tersebut mula beroperasi pada 2021, nilai keseluruhan barangan rentas sempadan yang diangkut melalui laluan tersebut telah melebih RMB940 bilion (RM570 bilion).

Sehingga kini lebih 3,400 jenis barangan telah diangkut melalui Kereta Api China-Laos, dengan rangkaiannya meliputi 19 negara dan wilayah.

Video

Berita Berkaitan