- Lain-lain
Rel China-Laos Catat Lonjakan Penumpang Rentas Sempadan Cuti TBC

Sebuah kereta api laju meluncur di Rel China-Laos seksyen bandar Jinghong, provinsi Yunnan, barat daya China, 25 januari 2026. (Foto oleh Li Yunsheng/Xinhua)
Rel China-Laos telah menyaksikan satu lonjakan dalam aliran penumpang rentas sempadan pada cuti Tahun Baharu Cina yang baru berakhir, maklum China Railway Kunming Group Co. pada Rabu lalu.
Sepanjang tempoh percutian sembilan hari antara 15 hingga 23 Februari, rel tersebut mengendalikan 12,900 perjalanan rentas sempadan, 41.8 peratus lebih tinggi daripada tahun lepas. Angka ini termasuk lebih 6,300 pelancong masuk dan lebih 6,500 pelancong keluar, masing-masing meningkat 52.7 peratus dan 32.5 peratus.
Meliputi jarak 1,035 kilometer dari Kunming di provinsi Yunnan, barat daya China, ke ibu negara Laos, Vientiane, kereta api tersebut memulakan operasi pada 3 Disember 2021. Untuk memenuhi permintaan yang meningkat terhadap perjalanan rentas sempadan, perkhidmatan tren penumpang antarabangsa antara dua bandar itu dilancarkan pada 13 April 2023.
Menghubungkan lebih daripada 560 destinasi pelancongan, Rel China-Laos merupakan laluan perjalanan rentas sempadan utama, yang telah mempermudah perjalanan seramai lebih 700,000 pelancong dari 124 negara dan wilayah.
Ekonomi “Hangat” di Tanah Hitam Berais dan Salji
Tales of Cities | Chaoshan, Bunga Segar Bangkitkan Deria, Gendang Bangkitkan Jiwa
“Semangat Olimpik Perkasakan Diri Supaya Lebih Berani, Kuat, Tenang”
Mengukir Musim Sejuk: Artis Ais, Salji di “Kota Ais” China
Kanvas Musim Sejuk Menderap Masuk Tahun Kuda
- TBC 2026 Suntik "Kuasa Kuda" Bagi Ekonomi Global
- Jumlah Pelancong Domestik TBC 2026 Catat Rekod Tertinggi dalam Sejarah
- China Saksikan Kesibukan Puncak Perjalanan Balik Hujung TBC
- Muzium Sains China Terima 3.5 Juta Pelawat Cuti TBC
- Pasaran Pengguna China Buka Kukuh Pada Tahun Kuda
- Ketibaan Pengembara Rentas Daerah 5.08 Bilion Orang 20 Hari Pertama Sambutan TBC 2026
- Semakin Ramai Warga Asing Melancong dan Membeli-belah di China Semasa TBC
- Sambutan TBC Semakin Relevan dalam Landskap Dunia dari Segi Budaya
- Xi Terima Ucapan 'Selamat TBC 2026' dari Sejumlah Pemimpin Asing
- Ketibaan Pengembara Dijangka Cecah 3.5 Bilion Orang dalam Tempoh 2-17 Feb