- Lain-lain
Kargo Rel China-Laos Lebihi 90 Juta Tan

Foto dron bertarikh 21 September 2025 ini menunjukkan tren kargo melewati Stesen Kereta Api Mohan Rel China-Laos di provinsi Yunnan, barat daya China. (Xinhua/Xing Guangli)
Rel China-Laos telah mengendalikan lebih 90 juta tan kargo sejak beroperasi, menurut China Railway Kunming Group.
Setakat pagi Selasa, rel tersebut telah mengoperasikan lebih daripada 80,000 kereta api kargo, termasuk sekitar 23,000 yang membawa muatan melebihi 21 juta tan merentas sempadan.
Pegawai dari Pusat Logistik Kunming China Railway Kunming Group memaklumkan bahawa bilangan tren kargo rentas sempadan yang beroperasi setiap hari telah meningkat kepada 23, manakala kapasiti ,maksimum per kereta api telah bertambah daripada 2,000 tan kepada 2,800 tan.
Rel China-Laos, yang dirasmikan pada Disember 2021 dan menghubungkan Kunming di barat daya China dengan ibu negara Laos, Vientiane, sebuah koridor serantau yang telah berkembang maju ‘menjadi salah satu jalan utama logistik antarabangsa.
Pada masa ini, kargo yang diangkut terus melalui rel tersebut dapat sampai ke 19 negara dan wilayah termasuk Laos, Myanmar, Kemboja, Thailand, Vietnam, Malaysia, Singapura dan Bangladesh. Jenis komoditi juga telah diperluas daripada hanya belasan kategori pada fasa awal operasi kepada lebih daripada 4,000 hari ini.
Sejak bermulanya operasi, pihak berkuasa kereta api di China dan Laos telah memperkukuh koordinasi serta mempertingkat kapasiti dan kecekapan pengangkutan, membolehkan tercapainya pertumbuhan stabil dalam pengangkutan kargo rentas sempadan. Jumlah import dah eksport yang dikendalikan rel tersebut mencecah 17.17 bilion yuan pada separuh pertama 2026, melonjak 38.8 peratus tahun ke tahun.
- Import Eksport Barangan Kereta Api China-Laos Catat RMB20 Bilion Tujuh Bulan Pertama
- Hantaran Kargo Rentas Sempadan Melalui Rel China-Laos Cecah 20 Juta Tan
- Landasan Kereta Api China-Laos Beri Manfaat kepada Pembangunan Laos
- Aliran Penumpang Rentas Sempadan Rel China-Laos Meningkat
- Tren Penumpang China-Laos Kendali 100,000 Larian
- Rel China-Laos Rekod Hantaran Buah Segar Lebihi 100,000 Tan
- Kereta Api China-Laos Beroperasi Tiga Tahun, Ketibaan Pengembara Lebih 800,000 Orang
- Hantaran Penumpang Rel China-Laos Lepasi 70 Juta
- Rel China-Laos Angkut Lebih 80 Juta Tan Kargo
- Rel China-Laos Kendali Lebih 18 Juta Tan Kargo Rentas Sempadan




