China Terbit Lebih 1,400 Piawaian Industri Baru Muncul Tahun Ini

(CRI)Isnin 24 Ogos 2026

Pentadbiran Kawal Selia Pasaran China menerbitkan lebih 2,800 piawaian negara sejak awal tahun ini dengan lebih 50 peratus daripadanya melibatkan industri baru muncul.

Antara yang mencatat jumlah penerbitan tertinggi ialah sektor teknologi maklumat generasi baharu dan bahan baharu, masing-masing dengan lebih 300 piawaian negara.

Sementara itu, sektor pembuatan peralatan berteknologi tinggi pula mencatat lebih 200 piawaian baharu.

Selain itu, masing-masing lebih 100 piawaian baharu diterbitkan bagi sektor tenaga baharu, serta penjimatan tenaga dan perlindungan alam sekitar.

Video

Berita Berkaitan