Xi Mahu Semua Pihak Berganding Bahu Tangani Bencana Tanah Runtuh di Xizang

(CRI)Rabu 26 Ogos 2026

Bencana tanah runtuh yang berlaku di Nepal pada Rabu pagi turut menyebabkan kematian dan kecederaan yang malah beberapa individu masih dilaporkan hilang di pintu sempadan Gyirong di Xigaze, Wilayah Autonomi Xizang, China.

Susulan kejadian itu, Presiden China Xi Jinping mengarahkan keutamaan segera diberikan kepada kerja-kerja mencari dan menyelamatkan individu hilang, memindahkan penduduk terjejas dan memberikan rawatan kepada mereka yang cedera.

Beliau turut mengarahkan supaya pemantauan dan amaran awal diperkukuh, sementara operasi menyelamat dilaksanakan berdasarkan pendekatan saintifik, selain langkah pencegahan diambil bagi mengelakkan bencana susulan.

Ujarnya China kini berada dalam tempoh kritikal musim kawalan banjir, justeru segala usaha tersebut adalah penting bagi mencegah berlakunya bencana dan kemalangan besar, serta menjamin keselamatan nyawa dan harta benda rakyat.

Video

Berita Berkaitan