- Lain-lain
Xi Arah Pendekatan Saintifik CARILAMAT Mangsa Runtuhan Gunung di Chongqing
(CRI)Sabtu 18 Julai 2026
Presiden Xi Jinping mengarahkan supaya operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) mangsa kejadian runtuhan gunung di Chongqing dijalankan secara saintifik.
Runtuhan gunung dilaporkan berlaku di Hanjia, kaunti Pengshui pada kira-kira pukul 9.10 pagi Jumaat, menyebabkan beberapa bangunan kediaman di kaki gunung roboh.
Xi menekankan keperluan mencegah bencana susulan, memberi rawatan rapi kepada mangsa yang cedera serta mengendalikan urusan pasca bencana dengan berkesan.
Beliau juga mahu usaha dilakukan untuk mengenal pasti punca kejadian dan menghapuskan sebarang bentuk risiko secara tuntas demi menjamin keselamatan nyawa dan harta benda rakyat.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara © People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang




