Tuduhan AS Mengenai Keselamatan Siber Tidak Berasas - Kementerian Luar China

(CRI)Jumaat 28 Ogos 2026

Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini mendakwa bahawa pihaknya berjaya menggagalkan cubaan penggodaman terhadap lama sesawang agensi kerajaan dan perusahaan AS yang dikatakan dilakukan oleh China.

Susulan kenyataan tersebut, jurucakap Kementerian Luar China Lin Jian pada Khamis menafikan perkara tersebut dan menyatakan China menentang sebarang aktiviti penggodaman serta memeranginya berdasarkan undang-undang.

Lin berkata, China juga menentang keras penyebaran maklumat palsu untuk tujuan politik.

Mengulas lanjut, beliau berkata China amat tidak berpuas hati dengan tuduhan AS yang tidak berasas dan membuta tuli.

"AS digesa menyingkirkan dwi-standard dan manipulasi politik, mengadakan dialog dan rundingan dengan China berdasarkan sikap bertanggungjawab dan konstruktif untuk menangani risiko keselamatan siber dengan baik", katanya.

Video

Berita Berkaitan