Trump Umum Kenaikan Tarif Import Kanada kepada 50 Peratus

(CRI)Selasa 25 Ogos 2026

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan kenaikan tarif pelbagai barangan import dari Kanada termasuk kenderaan, alat ganti automotif dan kelulikepada 50 peratus, berkuatkuasa mulai 1 Januari 2027.

Perkara itu diumumkan Trump menerusi platform media sosialnya "Truth Social" pada Isnin.

Menurutnya, Kanada "mengambil kesempatan atas AS" dengan mengenakan tarif tinggi terhadap petani dan produk pertanian AS selama bertahun-tahun, serta menyatakan terdapat defisit perdagangansebanyak USD60 bilion antara AS dengan Kanada sejak sekian lama.

Video

Berita Berkaitan