Forum Xiangshan Beijing ke-13 Berlangsung pada 15 Hingga 17 Sep

(CRI)Jumaat 28 Ogos 2026

Forum Xiangshan Beijing edisi ke-13 dijadual diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa Beijing (BICC) pada 15 hingga 17 September, kata jurucakap Kementerian Pertahanan, Kolonel Kanan Zhang Xiaogang dalam sidang media di sini, pada Khamis.

Menurut beliau, bertemakan 'memupuk persefahaman, bersinergi memajukan tadbir urus keselamatan', forum ini mengatur empat sesi mesyuarat untuk membincangkan isu-isu seperti order antarabangsa dan kestabilan strategik, dilema konflik serantau dan saluran penyelesaian, keselamatan dan kestabilan serta cabaran risiko di rantau Asia-Pasifik, peranan dan gagasan negara-negara membangun, dan lain-lain.

Sebanyak lapan sesi mesyuarat yang berprofil sama akan berlangsung sepanjang tempoh forum kali ini.

Perbincangan berkenaan memfokuskan topik-topik diberi tumpuan bersama, merangkumi hubungan antara negara kuasa besar dan kestabilan strategik, pendekatan Asia dalam usaha menangkis cabaran dari segi keselamatan, keselamatan laluan laut dan tadbir urus keselamatan maritim, risiko dan kawalan pengaplikasian ketenteraan dengan memanfaatkan teknologi baharu, serta hala tuju tadbir urus keselamatan ruang angkasa.

Difahamkan, Forum Keselamatan dan Keamanan China-Afrika edisi keempat juga akan diadakan secara serentak sepanjang berlangsungnya Forum Xiangshan Beijing ke-13.

Video

Berita Berkaitan