- Lain-lain
Xi Jinping Bertemu dengan Vladimir Putin

Presiden China Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin semasa menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) 2026 di Bishkek pada Isnin.
Xi berkata, sejak menetapkan langkah untuk memajukan hubungan China-Rusia dengan kualiti tinggi semasa lawatan rasmi Putin ke China pada Mei lalu, kedua-dua pihak mula membuahkan hasil memberangsangkan dalam kerjasama pelbagai bidang yang sudah pun berada di landasan perkembangan pesat.
Menghadapi landskap dunia yang penuh dengan perubahan drastik, China bersedia bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk Rusia untuk memastikan SCO berjalan lancar dan turut memajukan perkembangan dunia ke arah yang multipolar.
Putin pula menyatakan bahawa kerjasama strategik menyeluruh antara Rusia dengan China adalah hubungan antarabangsa yang boleh dicontohi.
Rusia sanggup terus memperdalam kerjasama dalam perdagangan, tenaga, sains dan teknologi, sosiobudaya, mengukuhkan koordinasi dalam kerangka SCO, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), BRICS, G20 dan mekanisme pelbagai hala yang lain, menyokong China mengadakan Mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) untuk mengekalkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran dunia bersama-sama.

Mengharukan! Wira Alam Sekitar Yin Yuzhen Dakap Sahabat dari AS Selepas 26 Tahun
Mission Unlock | Ep 8: Jika Gunung Dan Sungai Pudar, Bagaimana Menyuluh Masa Depan?
Kipas Gergasi Lawan Bahang di Chongqing
Tales of Cities | Haruman Matcha dari Tongren
Jambatan Yongren Tersergam Megah Merentangi Ngarai
- Xi Jinping dan Presiden Kyrgyzstan Adakan Pertemuan di Bishkek
- Xi Tiba di Kyrgyzstan, Hadiri Sidang Kemuncak SCO
- Xi, Japarov Adakan Perbincangan Kumpulan Kecil
- Xi Sampai Ucapan Bertulis Sejurus Tiba Bishkek
- Program 'Kisah Klasik Pilihan Xi Jinping' Bersiaran di Negara SCO Mulai Ahad
- Kerjasama Antara China dan Anggota SCO Membuahkan Hasil - MOFCOM
- Xi Dijadual Hadir Sidang Kemuncak SCO, Lawat Kyrgyzstan dan Mesir
- Tentera Laut China, Rusia Adakan Latihan Bersama "Joint Sea 2026"
- Persidangan Kerjasama Inovasi Sains dan Teknologi China-SCO Berlangsung di Qingdao
- Wang Yi Hadir Majlis Resepsi Raikan Ulang Tahun ke-25 SCO