- Lain-lain
Xi Jinping dan Presiden Kyrgyzstan Adakan Pertemuan di Bishkek

Presiden China, Xi Jinping dan Presiden Kyrgyzstan Sadyr Japarov mengadakan pertemuan di Istana Keharmonian di Bishkek pada Isnin.
Dalam pertemuan itu Xi berkata hubungan China-Kyrgyzstan mencapai perkembangan pesat dan lonjakan besar, dan kedua-dua pihak perlu menyelaraskan strategi pembangunan masing-masing bagi mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Kyrgyzstan yang lebih mendalam dan praktikal.
Ujarnya, China akan terus menyokong usaha Kyrgyzstan dalam mempertahankan kedaulatan, kemerdekaan dan keutuhan wilayah.
Malah China juga bersedia menandatangani Perjanjian Kerjasama Persahabatan dan Kejiranan Baik yang Kekal bagi memperkukuh asas perundangan hubungan persahabatan kedua-dua negara.
Menurut Xi, kedua-dua pihak perlu meluaskan kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan dan perdagangan digital, memajukan pembinaan Kereta Api China-Kyrgyzstan-Uzbekistan dengan kualiti tinggi.
Kerjasama dalam bidang tenaga, inovasi sains dan teknologi serta pertukaran kebudayaan dan kemanusiaan akan diperdalam, manakala kerjasama penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan turut diperluaskan bagi bersama-sama memerangi "tiga kuasa jahat" iaitu keganasan, ekstremisme dan separatisme.
Kedua-dua negara juga akan memanfaatkan platform pelbagai hala seperti Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) untuk melaksanakan inisiatif global serta membantu memelihara keamanan dan kestabilan serantau.
Sementara itu, Presiden Japarov mengucapkan tahniah atas pencapaian pembangunan China, serta menegaskan komitmen Kyrgyzstan untuk berpegang teguh kepada prinsip Satu China.





Mengharukan! Wira Alam Sekitar Yin Yuzhen Dakap Sahabat dari AS Selepas 26 Tahun
Mission Unlock | Ep 8: Jika Gunung Dan Sungai Pudar, Bagaimana Menyuluh Masa Depan?
Kipas Gergasi Lawan Bahang di Chongqing
Tales of Cities | Haruman Matcha dari Tongren
Jambatan Yongren Tersergam Megah Merentangi Ngarai
- Presiden Kyrgyzstan Terima Kunjungan Menteri Luar China
- Peranan SCO Penting dalam Wujudkan Dunia Multipolar: Guterres
- Xi Ketengahkan 5 Cadangan tentang Tadbir Urus Global
- Lapan Pencapaian Utama Sidang Kemuncak SCO Tianjin
- Kao Kim Hourn Beri Penekanan Terhadap Kerjasama SCO-ASEAN
- SCO Berupaya Menyumbang kepada Tadbir Urus Global yang Lebih Baik - PM China
- PM Li Bertemu Putin di Moscow
- China, Kyrgyzstan Sepakat Perkasa Kerjasama Pelbagai Bidang
- China Buka Lagi Laluan Penerbangan Terus ke Kyrgyzstan
- Peranan Media Tumpuan Forum Kerjasama China-Kyrgyzstan
- Xi, Japarov Adakan Perbincangan Kumpulan Kecil
- SCO Seru Penyelesaian Situasi Iran Secara Damai
- SCO Keluarkan Kenyataan, Seru Pihak-pihak Berkaitan Bertenang
- Xi Ucapkan Tahniah kepada Forum Pembangunan Hijau dan Lestari SCO
- Wang Yi Hadir Majlis Resepsi Raikan Ulang Tahun ke-25 SCO
- Persidangan Kerjasama Inovasi Sains dan Teknologi China-SCO Berlangsung di Qingdao
- Xi Dijadual Hadir Sidang Kemuncak SCO, Lawat Kyrgyzstan dan Mesir
- Kerjasama Antara China dan Anggota SCO Membuahkan Hasil - MOFCOM
- Program 'Kisah Klasik Pilihan Xi Jinping' Bersiaran di Negara SCO Mulai Ahad
- Xi Sampai Ucapan Bertulis Sejurus Tiba Bishkek