- Lain-lain
SCO Main Peranan Konstruktif Pacu Pembangunan Serantau ke Arah Lebih Berkualiti

Mesyuarat ke-26 Majlis Ketua Negara-negara Anggota Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) dan Sidang 'SCO+' berlangsung di Bishkek, Kyrgyzstan pada Selasa.
Presiden China, Xi Jinping dalam ucapannya mengesyorkan empat cadangan mengenai pembangunan SCO, dan mengemukakan tiga saranan untuk memanfaatkan peranan SCO dengan lebih efisien.
Saranan dan cadangan Xi mendapat pujian dan sambutan yang meluas.
SCO dianggap sebagai platform utama bagi mempraktikkan empat inisiatif global, dan memainkan peranan lebih besar dalam memelihara keamanan dan pembangunan dunia.
Pembangunan adalah kunci utama untuk menyelesaikan semua masalah.
Sepanjang tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, nilai perdagangan import dan eksport antara China dengan negara anggota lain SCO mencatat RMB2.42 trilion (RM1.45 trilion), meningkat 14.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Selain itu China turut mengajukan pelbagai inisiatif kerjasama dalam sidang kemuncak kali ini.
Ia membabitkan langkah untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang tradisional seperti perdagangan dan pelaburan, kesalinghubungan, tenaga dan sumber, memperluas kerjasama dalam sektor baharu seperti kecerdasan buatan (AI), ekonomi digital, dan industri hijau, serta penubuhan Pusat Kerjasama Ekonomi Pelabuhan China-Shanghaï di Tianjin.
Sementara itu dalam Sidang 'SCO+', Presiden Xi menekankan prinsip asas yang harus dipegang dalam mewujudkan satu dunia multipolar yang sama rata dan teratur.
Beliau turut menggalakkan negara-negara anggota untuk memacu kemakmuran dan kebangkitan bersama benua Eurasia dengan memanfaatkan 'kekuatan SCO', menggunakan 'kebijaksanaan SCO' untuk menggalakkan pembangunan negara-negara Selatan Global, serta meneraju reformasi dan penyempurnaan tadbir urus global menerusi 'tindakan SCO'.
Para penganalisis berpendapat, cadangan tersebut akan membantu SCO memainkan peranannya dengan lebih baik, demi mewujudkan tadbir urus global yang lebih adil dan saksama.
- Xi Hadiri Mesyuarat "SCO Plus" di Bishkek
- Xi Tamatkan Penyertaan dalam Sidang Kemuncak SCO dan Lawatan di Kyrgyzstan
- Peng Liyuan Hadiri Acara untuk Pasangan Pemimpin semasa Sidang Kemuncak SCO
- Xi Hadiri Mesyuarat Ke-26 Majlis Ketua Negara-Negara SCO
- Xi Jinping Bertemu dengan Vladimir Putin
- Xi Jinping Bertemu dengan Ukhnaa Khurelsukh
- Xi Jinping Bertemu dengan Shavkat Mirziyoyev
- Xi Jinping dan Presiden Kyrgyzstan Adakan Pertemuan di Bishkek
- Xi Tiba di Kyrgyzstan, Hadiri Sidang Kemuncak SCO
- Xi, Japarov Adakan Perbincangan Kumpulan Kecil




