- Lain-lain
China Kemas Kini Pelbagai Data kepada Nepal

China mengemas kini data meteorologi, hidrologi dan glasier menerusi mekanisme pemberitahuan maklumat bencana kepada Nepal setiap hari.
Perkara itu dimaklumkan dalam satu sidang taklimat melibatkan wakil media asing dan tempatan selepas lawatan mereka ke lokasi bencana di pintu sempadan Gyirong di wilayah Xizang, China pada Ahad.
Atas permintaan pihak Nepal, China menghantar pakar-pakar dalam bidang penyelamatan terowong dan DNA ke negara itu, selain menyalurkan bekalan bantuan kecemasan.
Selain itu, kerajaan tempatan Xizang juga menyediakan komponen jambatan Bailey seberat 320 tan serta barang bantuan bencana kepada Nepal.
Menurut sidang media itu, seramai 261 warga asing dari 23 negara dikenal pasti antara mereka yang hilang susulan kejadian gelongsoran lumpur membadai Gyirong.
China memanjangkan maklumat yang berkaitan kepada kedutaan terlibat melalui saluran diplomatik, dan membolehkan ahli keluarga berkenaan mengambil tahu tentang maklumat lanjut menerusi talian hotline yang beroperasi 24 jam.
- Gyirong Jamin Kehidupan 1,720 Rakyat Sempadan Nepal
- Seorang Warga China yang Terperangkap dalam Terowong Susulan Tanah Runtuh Nepal Terselamat
- Operasi Carilamat Mangsa Bencana di Gyirong Berjalan Lancar
- Jalan Raya G216 ke Pintu Sempadan Gyirong Dibuka Sepenuhnya
- Upacara Peringatan Mangsa Banjir Lumpur dan Tanah Runtuh di Gyirong, Xizang
- China, Nepal Bekerjasama Dalam Operasi Menyelamat dan Pemeriksaan Terowong
- 16 Terkorban, 546 Hilang Gelongsoran Lumpur Melanda Gyirong
- Pasukan Penyelamat Kumpulan Pertama Tiba di Pusat Tapak Kejadian Tanah Runtuh Gyirong
- Kumpulan Pertama 141 Penyelamat Tiba di Gyirong
- RCSC Salur Bantuan Buat Mangsa Bencana di Xigaze




