Seorang Warga China yang Terperangkap dalam Terowong Susulan Tanah Runtuh Nepal Terselamat

(CRI)Ahad 06 September 2026

Kedutaan Besar China di Nepal mengesahkan semalam bahawa pasukan penyelamat Nepal telah menyelamatkan seorang warganegara China dari terowong projek stesen janakuasa hidroelektrik yang dilanda bencana tanah runtuh tidak lama dahulu.

Keadaan fizikal mangsa itu dikesan berada dalam keadaan stabil pada masa ini.

Warga China yang diselamatkan itu turut dibawa ke sebuah hospital tentera di Kathmandu untuk menerima rawatan.

Kata mangsa yang bertuah itu, "saya amat berterima kasih kepada anggota pasukan penyelamat. Bagi saya, ini adalah satu keajaiban."

Video

Berita Berkaitan