- Lain-lain
Operasi Carilamat Mangsa Bencana di Gyirong Berjalan Lancar

Jawatankuasa Parti Komunis China (PKC) di wilayah Xizang dan kerajaan tempatan telah melaksanakan dengan bersungguh-sungguh arahan Presiden Xi Jinping serta keputusan yang dibuat mesyuarat Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC sejak berlakunya bencana di Xizang.

Komander Pusat Komando Tindak Balas Bencana Banjir Lumpur Gyirong "26 Ogos" merangkap Pengerusi Wilayah Autonomi Xizang, Garma Cedain dalam sidang media anjuran Pejabat Penerangan Kerajaan Wilayah Autonomi Xizang berkata pelbagai usaha dilaksanakan secara serentak termasuk mencari dan menyelamat mangsa, membuka semula laluan jalan raya, urusan pasca bencana dan pencegahan risiko.
Menurut beliau, ketika ini kerja-kerja tindak balas kecemasan sedang dilaksanakan secara teratur, berkesan dan terkawal.
Laluan darat di sepanjang Jalan Raya Nasional G216 menuju Pintu Sempadan Gyirong telah dibuka semula.
Pasukan penyelamat, bekalan dan sebahagian peralatan telah memasuki kawasan teras bencana melalui laluan darat untuk menjalankan operasi pencarian.
Beliau berkata, usaha pencarian seterusnya akan memberi tumpuan kepada empat aspek utama iaitu pertama, mengatur pencarian di kawasan teras bencana secara saintifik dan berkesan; kedua, mencegah dengan ketat risiko bencana sekunder semasa proses pencarian; ketiga, mengurus pemindahan dan pengumpulan mayat serta barang-barang peribadi dan keempat, melaksanakan kerja-kerja pencegahan wabak dan sanitasi di kawasan bencana mengikut prosedur yang ditetapkan.
- Jalan Raya G216 ke Pintu Sempadan Gyirong Dibuka Sepenuhnya
- Upacara Peringatan Mangsa Banjir Lumpur dan Tanah Runtuh di Gyirong, Xizang
- China, Nepal Bekerjasama Dalam Operasi Menyelamat dan Pemeriksaan Terowong
- 16 Terkorban, 546 Hilang Gelongsoran Lumpur Melanda Gyirong
- Pasukan Penyelamat Kumpulan Pertama Tiba di Pusat Tapak Kejadian Tanah Runtuh Gyirong
- Kumpulan Pertama 141 Penyelamat Tiba di Gyirong
- RCSC Salur Bantuan Buat Mangsa Bencana di Xigaze
- Pasukan Penyelamat Tiba di Xigaze
- Xi Mahu Semua Pihak Berganding Bahu Tangani Bencana Tanah Runtuh di Xizang
- Xi Arah Pendekatan Saintifik CARILAMAT Mangsa Runtuhan Gunung di Chongqing




