- Lain-lain
Terusan Utama Sungai ke Laut China Bakal Buka

Foto dron yang diambil pada 12 Ogos 2026 menunjukkan sebuah kapal ujian belayar melewati jambatan untuk haiwan menyeberangi Terusan Pinglu di wilayah autonomi Zhuang Guangxi, selatan China. (Xinhua/Zhou Hua)
Terusan Pinglu di wilayah Guangxi, selatan China akan mula beroperasi pada 16 September, menurut satu taklimat media pada Isnin lalu.
Projek terusan utama sungai ke laut pertama China, jalan air sepanjang 134.2 kilometer itu menyambungkan laluan perkapalan Sungai Xijiang di utara dan Teluk Beibu di selatan, selepas dirancang dan diselaraskan di peringkat negara sejak 1949.
Direka untuk muat kapal hingga 5,000 tan, terusan tersebut menelusuri Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu, sebuah laluan strategik yang menghubungkan kawasan pedalaman China dengan ASEAN dan pasaran global lain.
Ia dijangka memendekkan jarak pelayaran antara barat daya China dan ASEAN sebanyak 560 kilometer dan mengurangkan 18 hingga 30 peratus kos logistik, memetik kenyataan Lu Xinning, naib pengerusi kerajaan wilayah, semasa satu sidang media pada awal September.
“Terusan ini bukan saja mengatasi kekangan ketersambungan sungai ke laut yang sekian lama dialami oleh Guangxi, malahan akan mencorakkan semula geografi ekonomi antara China dan ASEAN,” ujar Lu.
Perdagangan antara kedua-dua pihak menyaksikan pertumbuhan mantap pada tahun-tahun kebelakangan ini. Data Pentadbiran Am Kastam China menunjukkan bahawa perdagangan bilateral China-ASEAN mencecah 4.34 trilion yuan pada separuh pertama 2026, naik 18.2 peratus tahun ke tahun.
Pelabuhan Teluk Beibu, hab penting di hujung selatan terusan itu, kini titik penting untuk China membuka pintu kepada ASEAN. Kendalian kontenanya melonjak daripada 2.28 juta TEU pada 2017 kepada 10.06 juta TEU pada 2025. Pelabuhan tersebut juga telah menubuhkan rangkaian perkapalan komprehensif yang meliputi pelabuhan-pelabuhan utama ASEAN.
- PKS Asia Pasifik Cari Pertumbuhan Baharu Melalui AI, Ketersambungan
- Guangxi Undang Peserta CAEXPO Teroka Terusan Pinglu
- Macau, Indonesia Mahu Perkasa Kerjasama Praktikal Pelbagai Bidang
- Perdagangan China-ASEAN Cata USD744.41 Bilion pada 7 Bulan Pertama 2026
- Perdagangan China-ASEAN Naik 24.7% Tujuh Bulan Pertama
- Satelit Buatan China untuk Thailand Masuk Orbit
- Dialog China, AS Suntik Kepastian kepada Pembangunan Masing-masing
- Eksport Satelit Komersial China Pertama ke Asia Tenggara Dilengkapkan dengan Kejayaan Pelancaran
- Rantaian Bekalan, Ketersambungan Kukuh Perdalam Ikatan Dagang
- Terusan Pinglu Mula Uji Pelayaran Kapal




