- Lain-lain
Guangxi Undang Peserta CAEXPO Teroka Terusan Pinglu

Foto dron bertarikh 12 Ogos 2026 menunjukkan kapal ujian belayar melalui sebuah kunci air di Terusan Pinglu, wilayah autonomi Zhuang Guangxi, selatan China. (Xinhua/Zhou Hua)
Pejabat Maklumat Dewan Negara China telah mengadakan taklimat media pada 1 September mengenai kerjasama ekonomi dan perdagangan China-ASEAN.
Edisi ke-13 Ekspo China-ASEAN (CAEXPO yang dijadualkan berlangsung pada 17 hingga 21 September di Nanning, serta Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS), juga menjadi fokus sidang.
Turut hadir pada taklimat media tersebut ialah Lu Xinning, anggota Jawatankuasa Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi Jawatankuasa Tetap Parti Komunis China merangkap naib gabenor Kerajaan Rakyat Guangxi.
Terusan Pinglu yang sudah menjadi sebuah mercu tanda akan dibuka sebelum ekspo, maklum Lu, yang juga membawa bersama sebuah kod QR.
“Rakan sekerja saya sudah meletakkan satu lagi di pintu masuk. Imbas sahaja untuk menikmati pemandangan VR panorama 720 darjah Hab Madao di Terusan Pinglu, dan juga kemegahan rupa bentuk terusan itu yang berliku-liku melalui gunung dan jalan air Guangxi. Terusan ini selaku ‘koridor emas’ dan ekspo selaku ‘platform emas’ akan mengukuhkan satu sama lain, membuka satu babak baharu dalam pertukaran dan kerjasama China-ASEAN,” katanya lagi.
Dengan pelaburan melebihi 70 bilion yuan, Terusan Pinglu yang panjangnya 134.2 kilometer, bermula dari kuala Sungai Pingtang di Hengzhou, Nanning, melalui pekan Luwu di kaunti Lingshan, Qinzhou, menuju ke Teluk Beibu menerusi Sungai Qinjiang. Terusan ini merupakan laluan sungai ke laut bertaraf paling tinggi yang boleh dilayari kapal, baik di China mahupun dunia.
Bertahun-tahun lamanya, barang dari barat daya China yang diangkut melalui jalan air ke Asia Tenggara perlu dibawa ke timur menerusi Sungai Xijiang sebelum sampai ke laut, ekoran ketiadaan laluan terus dari sungai ke laut di kawasan tersebut.
Terusan Pinglu telah membuka satu laluan terus antara Sungai Xijiang dan Teluk Beibu, sekali gus menawarkan jalan yang paling singkat, paling memudahkan dan paling efisien dari Guangxi, malahan seluruh barat laut dan selatan tengah China, ke ASEAN. Selepas dibuka, barang dari barat daya China akan sampai ke laut dengan lebih cepat, dengan ketaranya mengurangkan kos pengangkutan.
Difahamkan, kapal sehingga 5,000 tan dapat belayar terus dari sungai ke laut, memendekkan pelayaran sebanyak kira-kira 560 kilometer berbanding jalan air yang sedia ada. Terusan ini dijangka akan menjimatkan kos pengangkutan sekitar 5.2 bilion yuan setahun.
Pada taklimat media terbabit, Lu menyatakan Terusan Pinglu bukan sahaja akan mengatasi kekurangan Guangxi yang sedia ada disebabkan lokasinya yang terpisah dari laut memaksa pengangkutan dilencongkan. Ia akan mencorakkan semula geografi ekonomi kerjasama China-ASEAN.
- Macau, Indonesia Mahu Perkasa Kerjasama Praktikal Pelbagai Bidang
- Perdagangan China-ASEAN Cata USD744.41 Bilion pada 7 Bulan Pertama 2026
- Perdagangan China-ASEAN Naik 24.7% Tujuh Bulan Pertama
- Satelit Buatan China untuk Thailand Masuk Orbit
- Dialog China, AS Suntik Kepastian kepada Pembangunan Masing-masing
- Eksport Satelit Komersial China Pertama ke Asia Tenggara Dilengkapkan dengan Kejayaan Pelancaran
- Rantaian Bekalan, Ketersambungan Kukuh Perdalam Ikatan Dagang
- Terusan Pinglu Mula Uji Pelayaran Kapal
- China, ASEAN Lakar Haluan Baharu Pembangunan Serantau
- Minggu Kerjasama Pendidikan China-ASEAN Tumpu Pendidikan Digital




