- Lain-lain
Perdagangan China-ASEAN Naik 24.7% Tujuh Bulan Pertama

Seorang pelanggan memilih durian di sebuah pasar raya di Nanning, wilayah autonomi Zhuang Guangxi, selatan China, 2 Mei 2026. (Xinhua/Zhao Huan)
Edisi ke-23 Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) dijadualkan berlangsung di Nanning, wilayah Guangxi, pada 17 hingga 21 September.
Memetik seorang pegawai Kementerian Perdagangan China, acara akan memfokuskan perkembangan kawasan perdagangan bebas serta pertumbuhan berkualiti tinggi seluruh rantau, sambil menonjolkan pencapaian baharu kerjasama ekonomi dan perdagangan China-ASEAN.
Antara Januari hingga Julai tahun ini, perdagangan dua hala mencecah 744.41 bilion dolar AS, naik 24.7 peratus berbanding setahun sebelum. Angka ini juga mewakili 21.8 peratus daripada keseluruhan perdagangan luar China dalam tempoh tersebut, menurut pegawai itu pada satu taklimat media, Selasa.
Ulas seorang pakar dari China, angka terbaru ini menunjukkan ikatan perdagangan dan ekonomi antara dua entiti gergasi ini terus berkembang maju susulan pemeteraian rasmi Protokol Penaiktarafan 3.0 Kawasan Perdagangan Bebas China ASEAN (CAFTA 3.0).
Pada taklimat media itu, para pegawai turut menyentuh perkembangan stabil yang direkodkan dalam kerjasama pelaburan dan juga projek-projek infrastruktur utama. Setakat Julai 2026, pelaburan bilateral terkumpul antara China dan ASEAN, serta hasil kontrak kejuruteraan yang disiapkan oleh syarikat China di ASEAN, kedua-duanya telah melebihi 515 bilion dolar.
Sehubungan dengan itu, beberapa projek mercu tanda sedang berjalan lancar. Menurut pegawai itu lagi, Laluan Rel Pantai Timur Malaysia kini sudah lebih daripada 94 peratus siap, Rel Berkelajuan Tinggi Jakarta-Bandung di Indonesia pula telah mengendalikan lebih daripada 15 juta perjalanan penumpang, manakala projek ketersambungan kuasa 500-kV China-Laos sudah dilancarkan secara rasmi.
“Kerjasama dalam sektor-sektor baharu telah membuahkan hasil ketara, justeru mengukuhkan lagi kedudukan kedua-dua pihak sebagai rakan kongsi pelaburan paling aktif satu sama lain,” kata pegawai tersebut.
- Satelit Buatan China untuk Thailand Masuk Orbit
- Dialog China, AS Suntik Kepastian kepada Pembangunan Masing-masing
- Eksport Satelit Komersial China Pertama ke Asia Tenggara Dilengkapkan dengan Kejayaan Pelancaran
- Rantaian Bekalan, Ketersambungan Kukuh Perdalam Ikatan Dagang
- Terusan Pinglu Mula Uji Pelayaran Kapal
- China, ASEAN Lakar Haluan Baharu Pembangunan Serantau
- Minggu Kerjasama Pendidikan China-ASEAN Tumpu Pendidikan Digital
- "Dialog Pelancongan China-ASEAN" Terokai Laluan Baharu Kerjasama Pelancongan
- Kerjasama Saling Menguntungkan China-ASEAN Berada di Tahap Terbaik
- Wang Yi Kemuka Empat Cadangan Dalam Mesyuarat Menteri Luar China-ASEAN di Manila




