- Lain-lain
Perikatan Antarabangsa Banteras Penipuan Telekomunikasi Ditubuhkan atas Inisiatif China
Perikatan antarabangsa bagi memerangi jenayah telekomunikasi dan penipuan siber rentas sempadan ditubuhkan secara rasmi di Lianyungang, provinsi Jiangsu, timur China pada Khamis.
Wakil dari 46 negara pengasas, 34 negara pemerhati serta empat organisasi antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Interpol, menghadiri persidangan sulung yang berlangsung sempena penubuhan perikatan itu.
Para peserta menerusi kenyataan bersama menyifatkan penipuan telekomunikasi dan siber sebagai satu cabaran global yang memerlukan kerjasama lebih kukuh di peringkat antarabangsa.
Menurut kenyataan itu, penubuhan sebuah organisasi antara kerajaan yang lebih fokus, profesional, cekap dan berorientasi tindakan berdasarkan konvensyen antarabangsa akan membantu menyelaraskan usaha untuk membanteras jenayah berkaitan, selain melindungi keselamatan serta hak dan kepentingan individu, entiti sah dan organisasi lain di seluruh dunia.
Ditubuhkan atas inisiatif China, perikatan berkenaan merupakan sebuah organisasi antara kerajaan dengan penyertaan agensi penguat kuasa undang-undang dari negara terlibat.
- Kes Jenayah dan Keselamatan Awam China Catat Penurunan Pada Separuh Pertama 2026
- Polis China, AS dan UAE Lancar Operasi Bersama Banteras Sindiket Penipuan Dalam Talian
- Kemboja Lulus Undang-undang Banteras Penipuan dalam Talian
- Upacara Penyerahan Bantuan Barang Kepolisan China kepada Kemboja Berlangsung di Phnom Penh
- Mahkamah China Selesaikan Lebih 27,000 Kes Penipuan Telekomunikasi Berkaitan Myanmar
- 630 Bangunan KK Park Diroboh, Operasi Bersepadu Tiga Negara Berjaya
- China Berjaya Banteras 258,000 Kes Penipuan Telekomunikasi pada Tahun 2025
- Bukti Baharu Jenayah Unit 731 Tentera Jepun Didedah
- Myanmar Tubuh Jawatankuasa Penyeliaan untuk Banteras Penipuan Telekomunikasi
- 920 Suspek Penipuan Telekomunikasi Diekstradisi dari Myanmar ke China




