- Lain-lain
Upacara Penyerahan Bantuan Barang Kepolisan China kepada Kemboja Berlangsung di Phnom Penh
Upacara penyerahan bantuan barang oleh Kementerian Keselamatan Awam China kepada Sekretariat Jawatankuasa Pembanterasan Penipuan Dalam Talian Kemboja telah berlangsung di Phnom Penh pada 16hb lalu.
Menteri Kanan Kemboja, Chhay Sinarith dan Duta Besar China ke Kemboja, Wang Wenbin telah menghadiri dan menyampaikan ucapan dalam upacara tersebut.
Wang menyatakan bahawa bantuan barang kepolisan China kepada Kemboja kali ini merupakan langkah konkrit untuk memperkukuh kerjasama penguatkuasaan undang-undang antara China dan Kemboja dalam membanteras gejala penipuan dalam talian.
Menurut Wang, China bersedia berganding bahu dengan Kemboja untuk menghapuskan gejala penipuan dalam talian yang disifatkannya sebagai "tumor" dan menjadikan tanah Kemboja bebas daripada cengkaman penipu siber supaya dapat mewujudkan persekitaran yang baik demi keselamatan rakyat China dan Kemboja serta kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang.
Chhay Sinarith pula mengucapkan terima kasih atas bantuan barang kepolisan daripada China, dan menyatakan bahawa barang bantuan tersebut akan membantu Kemboja membanteras jenayah penipuan dalam talian dengan lebih cekap.
- Mahkamah China Selesaikan Lebih 27,000 Kes Penipuan Telekomunikasi Berkaitan Myanmar
- 630 Bangunan KK Park Diroboh, Operasi Bersepadu Tiga Negara Berjaya
- China Berjaya Banteras 258,000 Kes Penipuan Telekomunikasi pada Tahun 2025
- Bukti Baharu Jenayah Unit 731 Tentera Jepun Didedah
- Myanmar Tubuh Jawatankuasa Penyeliaan untuk Banteras Penipuan Telekomunikasi
- 920 Suspek Penipuan Telekomunikasi Diekstradisi dari Myanmar ke China
- China, Myanmar, Thailand Komited Perangi Jenayah Telekomunikasi
- Kumpulan Pertama Suspek Jenayah Penipuan di Myawaddy Dihantar Pulang ke China
- Usaha Banteras Penipuan Telekomunikasi Berjaya - PM Thailand
- China, Myanmar Komited Banteras Jenayah Rentas Sempadan Bersama




