- Lain-lain
Xi Sasarkan Peningkatan Kecekapan BRICS, Kerelevanan Selatan Global dan Keakraban dengan India

Persiden China, Xi Jinping menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-18 di New Delhi, pada 12 hingga 13 September.
Jadual lawatan Presiden Xi kali ini agak padat dan dijalankan dengan kecekapan tinggi, membabitkan hampir sepuluh aktiviti dalam tempoh kurang 24 jam.
Lawatan ini merupakan satu misi diplomatik penting yang menjangkau ke pentas Selatan global pada tahun pertama pelaksanaan Rancangan Lima Tahun (FYP) Pembangunan Sosioekonomi Kebangsaan China ke-15 (2026-2030), dengan tiga matlamat strategik utama sudah dicapai.
Pertama, ia menyasarkan peningkatan keberkesanan dalam kerjasama antara negara-negara BRICS yang menyambut ulang tahun ke-20 terjalinnya hubungan kerjasama dalam blok itu.
Presiden Xi mencadangkan agar BRICS menjadi 'perintis' dalam empat bidang termasuk pembangunan inovatif, keamanan dan kestabilan, pertukaran dan saling belajar antara tamadun berlainan, serta penyempurnaan tadbir urus global.
Sementara itu, China mengumumkan peranannya sebagai negara pengerusi BRICS terpilih untuk tahun 2027, dan tekatnya untuk memulakan 'tempoh sedekad keemasan' yang ketiga bagi negara-negara BRICS.
Kedua, berhubung suara negara-negara Selatan Global kurang lantang di arena antarabangsa, China mengajukan empat inisiatif dan melancarkan langkah-langkah dalam sejumlah bidang yang substantif seperti menubuhkan zon sumber terbuka kecerdasan buatan (AI) BRICS, platform awan industri digital dan lain-lain, bagi memajukan teknologi barisan hadapan berdasarkan nilai universal, sambil membantu negara-negara membangun maju bersama.
Ketiga, pertemuan Presiden Xi dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi, telah menyaksikan kata sepakat dicapai bahawa China dan India harus menjadi negara rakan, bukanlah lawan.
Kedua-dua negara menyetujui terus mengekalkan keamanan di kawasan sempadan, memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang, dan bersinergi di platform pelbagai hala untuk menyuntik kestabilan kepada rantau dan dunia.
Kehadiran Xi di India kali ini bertujuan menonjolkan amalan multilaterarisme, memperdalam kerjasama dan solidariti negara-negara Selatan Global, di samping memajukan pembangunan dunia multipolar.
- Presiden Xi Berucap pada Sidang Kemuncak BRICS Ke-18
- Negara-negara BRICS Harus Berdiri Teguh di Pihak Betul dalam Sejarah - Xi
- BRICS Capai Hasil Cemerlang dalam Dua Dekad Lalu - Xi
- China Sedia Bersama Anggota BRICS Dorong Kedamaian dan Ketenteraman di Rantau Asia Barat dan Teluk - Xi
- China akan Menjadi Negara Pengerusi BRICS Tahun Depan
- BRICS Jadi Barisan Terdepan dalam Selatan Global - MFA
- Xi Selamat Tiba di New Delhi
- Xi Berlepas untuk Hadiri Sidang Kemuncak BRICS ke-18 di India
- 'BRICS Raya' Buka Ruang Pembangunan Baharu untuk Selatan Global
- India Jadi Tuan Rumah Sidang Kemuncak BRICS ke-18




